Pemimpin Tertinggi Iran Khamenei Terbunuh

(CRI)Ahad 01 Mac 2026

Agensi Berita Mehr Iran melaporkan pada hari ini bersamaan hari Ahad, kerajaan Iran mengeluarkan satu kenyataan yang mengumumkan pemimpin tertinggi negaranya, Ayatollah Ali Khamenei sudah terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel.

Kenyataan itu mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari di peringkat kebangsaan dan penutupan institusi awam selama 7 hari sejak tarikh pemergian pemimpin itu.

Kenyataan itu menyatakan lagi , "jenayah besar yang dilakukan AS dan Israel ini pasti akan dihukum dengan serius." "Kami bertekad membalas dendam dengan mengambil segala tenaga, dan menjadikan dalang jenayah itu membayar harga yang menghiris hati."

Video

Berita Berkaitan