- Lain-lain
Floorball Buka Peluang Bagi Pelajar Luar Bandar di Henan
Di tengah-tengah kedinginan cuaca awal musim bunga, murid-murid bangun pagi-pagi untuk berlatih bermain floorball di padang Sekolah Rendah Sanhetou, pekan Chenqiao, kaunti Fengqiu di provinsi Henan, tengah China.

Budak-budak perempuan bermain floorball di padang Sekolah Rendah Sanhetou, pekan Chenqiao, kaunti Fengqiu di provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Cheng Minghui)
Lebih setahun lalu, sebuah pertubuhan perkhidmatan awam telah memperkenalkan sukan floorball kepada sekolah tersebut, yang bilangan muridnya ketika itu cuma 71 orang. Pengetua, Bai Qinqtao percaya bahawa sukan floorball dapat menjadi cara untuk murid-murid meneroka dunia di luar bilik darjah mereka.

Budak-budak perempuan bermain floorball di padang Sekolah Rendah Sanhetou, pekan Chenqiao, kaunti Fengqiu di provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Cheng Minghui)
Murid-murid mengikuti latihan yang amat memenatkan. Sebuah padang, dipagari meja, menjadi tempat latihan. Kayu-kayu lama yang sudah haus digunakan, setia di tangan murid-murid. Pada cuti musim panas 2025, mereka berlatih selama 38 hari dalam suhu panas sehingga 40 darjah Celsius.

Budak-budak perempuan bermain floorball di padang Sekolah Rendah Sanhetou, pekan Chenqiao, kaunti Fengqiu di provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Cheng Minghui)
Kong Hai, seorang askar pencen yang secara sukarelanya menjadi jurulatih kesihatan di sekolah itu, menyusun jadual latihan untuk membantu murid-murid membina kekuatan.
Pasukan mereka berjaya meraih pingat emas semasa pusingan akhir Liga Floorball Belia Nasional di Zhoushan, provinsi Zhejiang, pada November 2025, dan menjadi satu-satunya pasukan dari kawasan luar bandar yang membawa pulang emas dari acara tersebut.
Pada Julai akan datang, pasukan atlet muda ini bakal menyahut cabaran di Sweden, suatu peluang untuk mereka menyerlahkan bakat di pentas global.

Bai Qingtao melatih seorang murid bermain floorball pada waktu rehat di padang Sekolah Rendah Sanhetou, pekan Chenqiao, kaunti Fengqiu di provinsi Henan, tengah China. (People's Daily Online/Cheng Minghui)
Bai Qingtao coaches a student in floorball during a break on the playground of Sanhetou Primary School, Chenqiao town, Fengqiu county, central China's Henan Province. (People's Daily Online/Cheng Minghui)

Sukarelawan Liu Yadong (paling kiri) mengajar murid-murid berbahasa Inggeris sebagai persiapan untuk ke luar negara. (People's Daily Online/Cheng Minghui)

Bai Qingtao menunjukkan piala juara. (People's Daily Online/Cheng Minghui)

Foto menunjukkan tempat latihan lama pasukan floorball di Sekolah Rendah Sanhetou, pekan Chenqiao, kaunti Fengqiu di provinsi Henan, tengah China. (Foto ihsan Sekolah Rendah Sanhetou)
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Perkenal Cetak Biru, Bina Sistem Pendidikan Lebih Baik Menjelang 2035
- Sekolah China Pelbagaikan Aktiviti Sukan, Usaha Tingkat Kecergasan
- Kanak-kanak Tibet Nikmati Suasana Sekolah Lebih Baik
- Senario Bola Sepak Kashgar Beri Sinar Buat Pasukan Kebangsaan China
- Burung Swan Habiskan Musim Sejuk di Sanmenxia
- Henan Promosi Pelancongan Pergunungan Taihang
- Gunung Laojun Hasil Pemandangan Menakjubkan Selepas Hujan
- Petola Bawa Kemakmuran di Kaunti Shangcheng
- Kaifeng Ubah Sungai Bianhe, Jadi Destinasi Popular
- “Jalan Tebing” di Gunung Taihang Pukau Pelancong
- Dasar Bebas Visa, Pelepasan Kastam Lebih Mudah di Henan Gamit Kedatangan Pelancong Asing
- Luoyang, Ibu Kota Purba Kepada 13 Dinasti China
- Jutaan Tulip Berkembang Mekar di Henan
- Bunga Sakura Tarik 620,000 Pengunjung ke Sungai Kuning