Tindakan Ketenteraan terhadap Iran Mungkin Berlangsung Empat Minggu - Trump

(CRI)Isnin 02 Mac 2026

Serangan ketenteraan terhadap Iran mungkin akan berlangsung selama empat minggu, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad.

Katanya Iran adalah "sebuah negara besar", maka tindakan ketenteraan terhadap negara itu mungkin memerlukan tempoh kira-kira empat minggu, "atau kurang daripadanya".

"Inilah jangkaan kerajaan mengenai tempoh tindakan ketenteraan di Iran", ujar Trump lagi.

Menurutnya, beliau akan memberikan kenyataan berhubung situasi terkini di Iran dalam masa terdekat.

Video

Berita Berkaitan