- Lain-lain
Robotik Buatan China Pamer Kekuatan di Pentas Dunia
Robot buatan China semakin pesat berkembang di pentas dunia dengan kelajuan yang tidak pernah berlaku pada sebelum ini. Output robot industri terus bertumbuh, perkhidmatan penghantaran robot semakin dipercepat, robot humanoid digunakan di pelbagai negara, dan pengeluar komponen utama pula disepadukan ke dalam rantai bekalan global.
Pengembangan robot buatan China di luar negara secara tidak langsung menandakan kecanggihan teknologi yang lebih tinggi, sistem kejuruteraan yang lebih kompleks, dan permintaan lebih kukuh buat perkhidmatan yang tersuai buat penduduk tempatan.

Seorang anggota petugas melatih sebuah robot untuk mengambil satu permainan bagi tujuan pengumpulan data. (Xinhua/Zhou Mu)
Semasa berlangsungnya acara perasmian RoboCup Asia Pasifik 2025 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), robot humanoid Booster K1 dari Booster Robotics yang berpangkalan di Beijing telah mempersembahkan satu pertunjukan tarian di samping dengan sekumpulan pancaragam. Sebuah video yang menunjukkan robot sedang menari dengan manusia segera menjadi tular di platform media sosial antarabangsa.
Dalam tetapan dunia nyata di serata dunia, penampilan robot buatan China semakin jelas kelihatan. Di Singapura, robot pembersih bergerak dengan lancar di sekitar sebuah pusat beli-belah, melaksanakan tugas khusus untuk membersih lantai dan habuk. Di Madrid, Sepanyol, robot kopi membru kopi dalam hanya puluhan saat. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE, robot daftar masuk kendiri membantu pengembara dengan ketepatan yang stabil.
Laporan Robotik Dunia 2025 menunjukkan bahawa China telah menjadi pasaran robot industri terbesar dunia untuk 11 tahun berturut-turut dan kini memegang lebih daripada 190,000 paten robotik yang sah, iaitu hampir dua pertiga daripada jumlah global.
Memetik data daripada Pentadbiran Am Kastam (GAC) China, untuk separuh pertama tahun 2025, China mengeksport 94,000 robot industri, yang dinilai pada AS$746 juta, iaitu peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 59.74 peratus.
Jenama China mendominasi pasaran robot pembersih rumah global. Satu laporan menunjukkan bahawa empat daripada lima jenama robot vakum utama pada separuh pertama 2025 diduduki oleh jenama China. Jika digabungkan, keempat-empat jenama itu merangkumi 57 peratus daripada pasaran global.

Sebuah robot humanoid berinteraksi dengan audiens di Ekspo Industri Pintar Dunia 2025 di Perbandaran Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Wang Quanchao)
Keenon Robotics, yang berpengalaman selama 15 tahun, telah menggunakan penyelesaian robotik AI yang diwujudkan di lebih 60 buah negara dan wilayah di dunia, meliputi senario seperti penghantaran, pembersihan dan penerimaan. Produk daripada syarikat robotik China iaitu Pudu dijual di lebih 80 buah negara dan wilayah.
Unitree Robotics telah melancarkan produk di platform e-dagang antarabangsa AliExpress dan walmart.com, meluaskan jangkauan antarabangsanya. Pengasas Unitree Robotics, Wang Xingxing berkata bahawa, jualan luar negara telah menyumbang 50 peratus daripada pendapatan syarikat sejak beberapa tahun lalu.
Sesetengah pengeluar robot humanoid China merancang untuk menghasilkan komponen utama di negara-negara ASEAN, meluaskan rantaian bekalan masing-masing dan meningkatkan pengeluaran robot humanoid di luar negara.
Chen Bing, naib dekan dan profesor di Fakulti Undang-undang Universiti Nankai, dan felow penyelidikan kontrak di Institut Strategi Pembangunan Kecerdasan Buatan Generasi Baharu China, melihat rantaian bekalan yang lengkap sebagai asas untuk robot China di luar negara.
Sokongan dasar merupakan satu lagi daya penggerak utama. Tindakan ‘robotics+’, yang dilancarkan bersama oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat serta 16 jabatan kerajaan lain untuk memperluaskan penggunaan robotik, menyeru tumpuan pada bidang aplikasi utama dan menggalakkan kemajuan yang diselaraskan daripada R&D produk dan inovasi teknologi kepada aplikasi dunia sebenar.

Robot pelayan bar berinteraksi dengan pelanggan. (Xinhua/Ju Huanzong)
Wei Xiang, penyelidik di Akademi Sains Sosial China berkata bahawa, pengeluaran besar-besaran kekal sebagai cabaran teras buat syarikat robotik di serata dunia. Menurut beliau, permintaan luar negara untuk robot atasan juga dilihat kukuh. Pelanggan antarabangsa disifatkan lebih pelbagai dan mempunyai kuasa membeli, sekali gus membantu syarikat untuk mempercepat pengeluaran besar-besaran, mengurangkan kos dan memacu industri ke arah penemuan baharu komersial yang sebenar.
Syarikat robotik China juga semakin mendapat rentak dalam prestasi dan kos. Li Tong, pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Keenon Robotics berkata bahawa robot China pernah menawarkan 70 peratus daripada prestasi produk antarabangsa terkemuka pada separuh harga. Hari ini, ia memberikan 150 peratus daripada prestasi tersebut dengan kos 80 peratus, secara tidak langsung membuatkan mereka jauh lebih berdaya saing dan jimat kos.
- Hefei Galak Perkembangan Industri Robot Pintar
- Bagaimana China Mendaki Tangga Inovasi Global
- Pembuatan Pintar di China: Mendorong Fasa Penaiktarafan Perindustrian yang Seterusnya
- Robot Buatan China Realisasikan Pembedahan Rentas Benua
- Dinamika China: Robot Buatan China Semakin Mendapat Tempat di Pasaran Jepun, Global
- Persidangan Robot Dunia 2025 Buka Tirai di Beijing
- Sukan Robot Humanoid Dunia Pertama akan Berlangsung di Beijing
- China Pertahankan Pasaran Robot Industri Terbesar Selama 12 Tahun
- Terokai Hab Industri Pembuatan Robot di Shanghai
- China Anjurkan Perlawanan Bola Sepak Robot AI Pertama




