3.2 Juta Penduduk Iran Hilang Tempat Tinggal Akibat Konflik - UNHCR

(CRI)Jumaat 13 Mac 2026

Lebih 4.1 juta penduduk di Afghanistan, Iran, Lubnan dan Pakistan kehilangan tempat tinggal berikutan pusingan baharu ketegangan di Asia Barat yang semakin memuncak.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Khamis dengan memetik data terkini dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

Dilaporkan daripada jumlah tersebut, Iran merupakan negara yang paling terjejas apabila 3.2 juta penduduk daripada 600,000 hingga satu juta keluarga hilang tempat tinggal akibat konflik yang berlaku.

UNHCR menyatakan bahawa angka itu kemungkinan akan terus meningkat susulan konflik berterusan di rantau berkenaan.

Video

Berita Berkaitan