Iran Tuntut Pampasan Berikutan Serangan AS, Israel terhadap Fasiliti Nuklear

(CRI)Isnin 23 Mac 2026

Iran menuntut pampasan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Israel berikutan kerosakan fasiliti nuklear di Iran dalam serangan baru-baru ini.

Dalam surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan anggota-anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Ahad, Menteri Luar Iran Seyyed Abbas Araghchi menyifatkan serangan yang dilancarkan AS dan Israel sebagai "pelanggaran jelas" terhadap undang-undang antarabangsa, dan menyeru UNSC supaya mengambil tindakan dengan segera.

Pada masa sama, Araghchi juga menyeru UNSC memaksa Israel untuk menganggotai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) serta meletakkan fasiliti nuklearnya di bawah penyeliaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Video

Berita Berkaitan