- Lain-lain
Utusan Khas China Gesa Tindakan Ketenteraan di Asia Barat Dihentikan Segera

China menggesa agar pihak-pihak terbabit menghentikan segera tindakan ketenteraan bagi mengelakkan ketegangan terus memuncak sehingga menjadi tidak terkawal.
Gesaan itu disampaikan utusan khas China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun dalam taklimat media di Beijing pada Isnin.
Zhai berkata peperangan berkenaan secara serius menjejaskan keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Barat, selain memberi tempias besar kepada sektor ekonomi dan tenaga global serta keselamatan laluan perkapalan.
Beliau menegaskan bahawa China mengecam semua serangan terhadap orang awam dan sasaran bukan ketenteraan.
Menurut Zhai, Selat Hormuz serta perairan sekitarnya merupakan laluan antarabangsa penting bagi perdagangan barangan dan tenaga.
Pemeliharaan keselamatan dan kestabilan di kawasan berkenaan menjadi konsensus masyarakat antarabangsa dan juga selaras dengan kepentingan bersama semua pihak, katanya.
Beliau menambah bahawa China akan mengekalkan komunikasi dengan pihak terbabit bagi mendorong gencatan senjata dan membantu meredakan ketegangan di rantau berkenaan.
Mutakhir ini, Zhai giat melakukan diplomasi ulang-alik di rantau Asia Barat dan bertemu dengan menteri luar Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Mesir serta Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Liga Arab.
Beliau juga mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Negara di Kementerian Luar Qatar untuk bertukar pandangan mengenai situasi semasa rantau berkenaan.
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temui Menteri Luar Kuwait
- Zhai Jun Bertemu Menteri Luar Bahrain
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Isu Asia Barat Menerusi Telefon
- Utusan Khas China Pergiat Diplomasi Ulang-alik di Asia Barat: MFA
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Menteri Luar China, Bahrain Bincang Isu Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temu Menteri Luar Arab Saudi
- China, Oman Seru Peperangan Ditamatkan Segera
- Menteri Luar China, Perancis Bincang Situasi Asia Barat
- China Sokong Iran Pertahan Kedaulatan, Integriti Wilayah: Wang Yi




