- Lain-lain
China Seru Bina Komuniti Sains dan Teknologi Global

China akan mempercepat usaha untuk mencapai kemandirian serta pengukuhan diri dalam bidang sains dan teknologi pada peringkat yang lebih tinggi sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030).
Perkara itu dinyatakan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang ketika menyampaikan ucaptama sempena perasmian persidangan tahunan Forum Zhongguancun (ZGC) di Beijing pada Rabu.
Beliau berkata, China komited membina pusat inovasi sains dan teknologi yang bertaraf antarabangsa.
Ding turut menzahirkan kesediaan China untuk bersinergi dengan semua pihak ke arah mewujudkan komuniti sains dan teknologi global.
Beliau menyarankan supaya rangkaian inovasi yang lebih terbuka dan inklusif dibangunkan bagi mengukuhkan ikatan kerjasama antara pelbagai entiti inovasi.
Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi harus diperluas demi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara-negara di dunia, katanya.
Menurut beliau, usaha juga harus dilakukan bagi mendorong tadbir urus sains dan teknologi yang lebih adil dan inklusif serta menangani dengan baik konflik peraturan, risiko sosial dan cabaran etika yang mungkin timbul daripada perkembangan sains dan teknologi.
- China Umum Garis Panduan Dorong Pembangunan Insurans Sains, Teknologi
- Xi Seru Perkasa Penyelidikan Asas, Pertingkat Inovasi Asli
- Mempertingkat Kemandirian Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Negara Sosialis Moden - Xi
- BOC Sediakan Dana Khas RMB60 Bilion untuk Perusahaan Sains dan Teknologi
- WICV 2025 Fokuskan Pengaplikasian Inovatif Teknologi Termaju
- Persidangan Sains Asas Antarabangsa 2025 Fokuskan Masa Depan Manusia
- Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara Dalam Bidang Sains Teknologi - Xi
- China Pinda Undang-undang untuk Dorong Pempopularan Sains
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP




