China Sokong Teguh Usaha Adil Rakyat Palestin

(CRI)Khamis 26 Mac 2026

China akan terus menyokong teguh usaha adil rakyat Palestin dan berusaha untuk mendorong keamanan yang menyeluruh, adil dan berkekalan diwujudkan di Asia Barat.

Demikian ujar wakil China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Jia Guide ketika menghuraikan pendirian China dalam sesi ke-61 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), pada Selasa.

Jia menegaskan bahawa situasi di Asia Barat kini bergolak, manakala rakyat Palestin masih terperangkap dalam penderitaan yang semakin memburuk.

Beliau berkata, krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing dan mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan pelanggaran besar-besaran terhadap hak asasi manusia.

Israel merancang untuk menduduki 82 peratus kawasan di Tebing Barat, memluaskan pusat penempatan Yahudi, membiarkan tindakan ganas oleh penduduk penempatan tersebut, serta melancarkan serangan ke atas Lubnan dan Syria. Ini adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi UNHRC, kata Jia.

Beliau menekankan bahawa akses bantuan kemanusiaan mesti dipulihkan, gencatan senjata berkekalan di Gaza mesti dicapai, sementara aktiviti penempatan Yahudi mesti dikawal, selain "penyelesaian dua negara" mesti dilaksanakan, dan Israel perlu segera menarik diri dari wilayah Lubnan dan Syria.

Video

Berita Berkaitan