Kedutaan Palestin Dibuka Secara Rasmi di London

(CRI)Selasa 06 Januari 2026

Kedutaan Besar Palestin di London dibuka secara rasmi pada Isnin.

Terletak di Hammersmith, barat London, pembukaan Kedutaan Besar Palestin ini menandakan satu langkah penting dalam hubungan dua hala Palestin-Britain.

Sebelum ini ia dikenali sebagai Pejabat Perwakilan Palestin di Britain.

Pada majlis perasmian, Duta Besar Palestin ke Britain, Husam Zomlot berkata pembukaan kedutaan itu merupakan satu "mercu tanda penting" hubungan Palestin-Britain, menandakan bermulanya misi diplomatik Palestin di negara itu.

Untuk rekod, Britain mengiktiraf negara Palestin pada 21 September 2025.

Video

Berita Berkaitan