- Lain-lain
Menteri Luar China, Turkiye Bincang Konflik Asia Barat
Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Turkiye, Hakan Fidan pada Rabu.
Wang menyatakan bahawa kebenaran dan kesalahan pada konflik di Asia Barat pada masa ini adalah amat jelas, manakala masyarakat antarabangsa harus menjunjung pendirian objektif dan adil dalam perkara tersebut.
Beliau berkata, China menyokong negara-negara di rantau itu mengambil sikap tenang, menghadapi krisis semasa dari perspektif kepentingan teras untuk jangka masa panjang, selain menyelesaikan konflik dan perbezaan melalui dialog.
Wang Yi juga menekankan bahawa China menyokong Turkiye memainkan peranan konstruktif dalam mendorong pemulihan semula rundingan.
Fidan pula menyatakan bahawa Turkiye mempunyai pendirian sama dengan China berhubung situasi semasa di Asia Barat.
Beliau percaya China akan terus memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan di peringkat serantau dan dunia.
- China Kekal Pendirian Isu Asia Barat Diselesai melalui Jalan Damai
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Bertemu Duta Besar Israel ke China
- Utusan Khas China Gesa Tindakan Ketenteraan di Asia Barat Dihentikan Segera
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temui Menteri Luar Kuwait
- Zhai Jun Bertemu Menteri Luar Bahrain
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Isu Asia Barat Menerusi Telefon
- Utusan Khas China Pergiat Diplomasi Ulang-alik di Asia Barat: MFA
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Menteri Luar China, Bahrain Bincang Isu Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temu Menteri Luar Arab Saudi




