- Lain-lain
China Kekal Pendirian Isu Asia Barat Diselesai melalui Jalan Damai
Menteri Luar China Wang Yi mengulangi pendirian Beijing bahawa semua isu hangat harus diselesaikan melalui dialog dan rundingan, bukan pendekatan kekerasan.
Beliau mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran, Seyed Abbas Araghchi mengenai situasi semasa di Asia Barat pada Selasa.
Wang berkata pendekatan berunding adalah lebih baik berbanding berkonflik. Ia selaras dengan kepentingan negara dan rakyat Iran, dan juga menggambarkan aspirasi masyarakat antarabangsa.
Beliau menyeru agar pihak-pihak terbabit merebut setiap peluang dan ruang untuk memulakan proses perdamaian.
Sementara itu, Araghchi menzahirkan penghargaan terhadap bantuan kemanusiaan yang dibekalkan China, serta harapan agar Beijing terus memainkan peranan positif dalam membantu menggerakkan perdamaian dan menamatkan pertempuran.
Beliau menegaskan bahawa Iran komited untuk mengakhiri perang secara menyeluruh, bukan gencatan senjata sementara.
Selat Hormuz kekal dibuka kepada semua kapal tetapi negara-negara yang berperang dengan Iran tidak dibenarkan melaluinya, tambah beliau.
Araghchi turut meluahkan harapan agar langkah-langkah yang diambil oleh pihak terlibat akan membantu meredakan ketegangan, bukan meruncingkan situasi di rantau berkenaan.
- Utusan Khas China Gesa Tindakan Ketenteraan di Asia Barat Dihentikan Segera
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temui Menteri Luar Kuwait
- Zhai Jun Bertemu Menteri Luar Bahrain
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Isu Asia Barat Menerusi Telefon
- Utusan Khas China Pergiat Diplomasi Ulang-alik di Asia Barat: MFA
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Menteri Luar China, Bahrain Bincang Isu Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temu Menteri Luar Arab Saudi
- China, Oman Seru Peperangan Ditamatkan Segera
- Menteri Luar China, Perancis Bincang Situasi Asia Barat




