Jagung Merah, Medium Karya Kreatif Lelaki Yunnan

Lukisan imaginatif yang dihasilkan dengan isi jagung merah oleh seorang pegawai kampung di provinsi Yunnan telah menjadi tular di Internet. Penciptanya, Ning Si, merupakan setiausaha Parti pertama kampung Xuanhe di kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er.

Ning Si menghasilkan lukisan menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan pusat media bersepadu kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan)

Ning, 42, seorang pensyarah di Universiti Pu’er. Pada Jun 2025, dia dilantik sebagai setiausaha Parti pertama bagi kampung Xuanhe. Pada masa lapang, Ning mencari cara memanfaatkan kemahirannya untuk menaikkan nama kampung Xuanhe agar dikenali oleh khalayak yang lebih luas.

Tangkap layar video ini menunjukkan sebuah lukisan oleh Ning Si menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China.

Pada Disember 2025, semasa musim menuai jagung merah, Ning mula mengeksperimenkan penggunaan isinya sebagai cat, melahirkan karya seni yang mencerminkan inti pati kehidupan desa, menyerlahkan pemandangan kampung tersebut, sekali gus menghebahkan pesonanya kepada dunia luar.

Tangkap layar video ini menunjukkan sebuah lukisan oleh Ning Si menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China.

Tangkap layar video ini menunjukkan sebuah lukisan oleh Ning Si menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China.

Dia mengumpulkan jagung merah yang baru dituai daripada penduduk kampung dan mula menghasilkan karyanya di atas tanah di pintu pejabat jawatankuasa kampung. Dalam satu karya bagi meraikan tuaian itu, dia dengan kreatifnya menyusun produk pertanian istimewa seperti limau tangerin, kacang walnut dan daging kering ala Yunnan dalam sebuah mangkuk, dengan karakter Cina “Xuanhe” di tengah-tengah.

Tangkap layar video ini menunjukkan sebuah lukisan oleh Ning Si menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China.

Tangkap layar video ini menunjukkan sebuah lukisan oleh Ning Si menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China.

Ning berkata, setiap lukisan jagung merah memakan masa enam hingga tujuh jam. Setakat ini, dia telah menghasilkan lebih daripada 20 lukisan, yang memaparkan pemandangan kehidupan desa dan tokoh-tokoh karya klasik.

Tangkap layar video ini menunjukkan sebuah lukisan oleh Ning Si menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China.

Tangkap layar video ini menunjukkan sebuah lukisan oleh Ning Si menggunakan isi jagung merah di kampung Xuanhe, kaunti autonomi Yi, Hani dan Lahu Zhenyuan, bandar Pu’er, provinsi Yunnan, barat daya China.

Video

Berita Berkaitan