China Jayakan Penerbangan Sulung UAV Pengangkut Kategori 7 Tan

(CRI)Selasa 31 Mac 2026

Penerbangan sulung kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) pengangkut kategori 7 tan yang pertama di China, Norinco Luca, berjaya dilaksanakan di Lapangan Terbang Shangjie di sini pada pagi Isnin.

Norinco Luca yang diselidikkan dan dibangunkan oleh China berdasarkan kepakaran tempatan itu merupakan platform pengangkutan tanpa pemandu kategori 7 tan yang pertama di negara ini yang sudah lulus dalam ujian pesawat sebenar. Penggunaan UAV yang digelar sebagai "treler udara" itu menandakan China telah mencapai satu lonjakan signifikan dalam bidang kelengkapan logistik pintar yang berspesifikasi tinggi untuk pengangkutan udara.

Dimaklumkan, Norinco Luca yang dilengkapi satu kabin kargo sebesar 18 meter padu, dengan beratnya ketika berlepas mencapai 7 tan, dan muatan maksimum mencatat 3.5 tan, mampu memenuhi keperluan muatan barangan biasa, rantaian sejuk beku dan makanan segar, serta kelengkapan kecemasan, dengan jarak penerbangan maksimum melebihi 3,000 kilometer.

"Treler udara" jenis itu boleh digunakan dalam pengangkutan logistik jarak jauh, penghantaran bantuan kecemasan, pembekalan barangan ke kawasan sempadan, serta operasi di kawasan yang kompleks, menyediakan sokongan peralatan untuk pembangunan ekonomi ruang udara rendah dan pembangunan sistem jaminan kecemasan.

Video

Berita Berkaitan