- Lain-lain
Dron Gergasi China Selesai Penerbangan Rintis Logistik Penara
![]() |
| Sebuah dron gergasi bersayap tetap FP-985 "Taurus" terbang di atas gunung salji, 13 Januari 2026. (Foto/Aerospace Times Feipeng Co., Ltd.) |
FP-985 “Taurus”, dron gergasi bersayap tetap yang dibangunkan secara domestik oleh China, selesai membuat penerbangan logistik jarak jauh merentasi kawasan beraltitud tinggi antara Sichuan dan wilayah Tibet pada Rabu.
Membawa keluaran istimewa tempatan termasuk teh mentega dan produk tenusu yak, Taurus terbang lebih 1,100 kilometer dari bandar Nyingchi di wilayah Tibet, barat daya China, ke kaunti autonomi Qiang Beichuan di provinsi Sichuan, menandakan satu kejayaan bagi penerbangan pengesahan logistik pertama negara menggunakan dron gergasi di persekitaran penara.
Dibangunkan oleh Aerospace Times Feipeng Co., Ltd., dron berkenaan direka untuk beroperasi dalam persekitaran yang mencabar seperti penara, kepulauan dan lain-lain kawasan bentuk bumi rumit. Ia mampu berlepas dengan berat maksimum 5.7 tan, membawa muatan melebihi 2 tan, dengan jarak penerbangan melebihi 2,000 kilometer.
Daripada kawasan penara sejuk hinggalah keadaan kabut masin di pulau, Taurus berupaya mengangkut kargo untuk jarak jauh dalam persekitaran ekstrem. Ia juga dapat melakukan pendaratan dan pelepasan pendek (STOL) di lapangan terbang standard, dan boleh beroperasi secara fleksibel di padang terbang yang sederhana.
Syarikat pembangun menyatakan bahawa pesawat itu mampu melakukan operasi selanjar dalam semua cuaca, dengan fungsi seperti nyahais, perlindungan petir, dan ketahanan tinggi terhadap angin.
Para pegawai menegaskan, kejayaan penerbangan ini akan membantu perkembangan logistik altitud rendah di Sichuan dan Tibet, dan dengan itu memudahkan pengangkutan produk pertanian, mendorong pertumbuhan ekonomi di barat China, di samping memperkasakan keupayaan respons kecemasan.
![]() |
| Sebuah dron gergasi bersayap tetap FP-985 "Taurus" di Nyingchi, wilayah autonomi Tibet, barat daya China, 26 Disember 2025. (Xinhua/Cui Jinfu) |
- Impian Kereta Terbang Semakin Menjadi Realiti
- Pertunjukan Cahaya Dron Tampilkan Budaya Tradisional China di HK
- Industri Kereta Terbang China Mula Berkembang Pesat
- Industri Dron China Catat Pertumbuhan Pesat
- China Umum Pelarasan Eksport UAV
- Khidmat Dron Hantar Barang Rancak di Tembok Besar Pada Cuti Hari Kebangsaan
- Pembangunan Industri Dron Yanqing Semakin Pesat
- Skala Pengaplikasian Dron di China Terus Diperluas
- Lebih 1,800 Jenis Produk Dron Awam Didaftar di China
- Gempa Xizang: UAV Besar Bantu Usaha Menyelamat
- Persembahan Dron Meriahkan Sambutan Tahun Baharu
- Dron Hantar Makanan Hangat Buat Warga Emas di Kawasan Pergunungan Zhejiang
- Dron Permudah Kerja Menuai Teh di Xizang
- Sekilas Aksi 6G di Nanjing
- Dron Kargo China buat Penerbangan Sulung
- Wuhan Lancarkan Pengoperasian Laluan Dron Baharu
- Elektrik Terputus di Yunnan Akibat Banjir, Dron Permudah Usaha Pemulihan
- Inovasi Penerbangan China ‘Diterbangkan’ di Air Show Paris
- Pekan di Fujian Bangunkan Industri Dron yang Sedang Berkembang
- Industri Dron China Memajukan dan Memperkasa Pelbagai Sektor






