- Lain-lain
Budaya Sebagai Jambatan Pamer Kecemerlangan Wanita – Diplomat China, ASEAN Bincang Warisan Budaya
Pada 31 Mac, Perhimpunan Kebudayaan Wanita China-ASEAN telah diadakan di Persatuan Rakyat Beijing untuk Persahabatan dengan Negara Asing. Lebih 80 diplomat wanita dan isteri diplomat dari 11 negara ASEAN, bersama tetamu China dan asing, berkumpul untuk berkongsi pengalaman mereka dan menggalakkan pertukaran melalui budaya tradisional. Sesi pengalaman budaya China telah disambut dengan hangat.
"Saya sendiri telah membuat lukisan batu permata dawai emas, dan rasa sangat seronok," kata Nur Evi Rahmawati, Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di China, kepada People’s Daily Online. “Kraftangan ini nampak mudah, tetapi setelah mencuba sendiri, saya menyedari betapa sukarnya. Ia memerlukan kreativiti dan kesabaran. Melalui aktiviti seperti ini, kami lebih menghormati orang yang terlibat dalam penciptaan seni, kerana ia bukanlah mudah, dan membuatkan kami lebih menghargai usaha mereka.”
“Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan hari ini, yang sangat mencuri perhatian saya adalah apabila para pengunjung dibawa untuk melihat hasil seni dan lukisan oleh pelukis terkenal, iaitu Xubeihong,” kata Norfarina Mohd Azmee, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia di China. “Antara karya beliau, yang telah mencuri perhatian saya ialah lukisan Galloping Horse. Sangat sesuai dengan tahun ini, iaitu Tahun Kuda.”
Evi juga secara khusus menyebut bahawa, selain acara tersebut, beliau juga mengalami pelbagai adat resam budaya di Beijing semasa Tahun Baharu Cina yang lalu. “Ada banyak aspek budaya Cina yang sangat menarik untuk kita ikuti, daripada pertunjukan tarian singa dan tarian tradisional hingga kombinasi dengan teknologi moden seperti robot dan AI. Budaya Cina bukan hanya ada falsafah yang mendalam di baliknya, tapi juga ada pelajaran-pelajaran menarik.”
Para diplomat percaya bahawa wanita memainkan peranan penting dalam pemeliharaan budaya dan penciptaan seni. “Di China atau dalam kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN, kita dapat lihat sumbangan wanita dalam hasil seni seperti tarian, lagu-lagu, fabrik dan sebagainya. Banyak karya mereka yang terkenal di China dan negara-negara ASEAN,” kata Norfarina.
“Banyak karya yang berkaitan dengan budaya dan sejarah itu melibatkan wanita,” kata Evi sambal menambah bahawa, “wanita memiliki peranan sentral bukan hanya dalam memajukan ekonomi tempatan melalui penghasilan kraftangan dan produk budaya, tetapi juga menghidupkan budaya itu melalui kegiatan-kegiatan dan program-program yang mereka lakukan.”
- Warisan Budaya Maritim, Pengikat Hubungan China-Malaysia
- Keterbukaan Tahap Tinggi Demi Rancakkan Kerjasama China-ASEAN
- Bihun Shengzha, Warisan Budaya di Hujung Lidah
- ACC Hoskan Dialog Mengenai FYP ke-15
- Persembahan Rakyat Yangshuo Terangi Malam Beijing
- Presiden Xi Beri Galakan kepada Pelajar Sedunia
- Manisan Diinspirasikan Daripada Budaya Tang Kini Hidup Kembali
- Keserasian Sistem Imbas Kod QR Suntik Momentum kepada Dagangan China, ASEAN
- AI Rombak Penghasilan Kandungan: Teknologi China Pacu Drama Mikro Asia Tenggara
- Sambutan Tahun Baharu Etnik Tarik Pelancong Asing




