Presiden Xi Beri Galakan kepada Pelajar Sedunia

“Pembelajaran bahasa Cina bukan sahaja membantu meningkatkan pemahaman terhadap aspek-aspek China purba dan moden, tetapi juga membantu membina jambatan ke arah masa depan yang lebih baik buat China dan Perancis.”

Demikian kata-kata galakan daripada Presiden Xi Jinping, dalam surat balas kepada guru dan pelajar kelas bahasa Cina di Sekolah Antarabangsa Provence-Alpes-Cote d'Azur, Perancis, baru-baru ini.

Beliau berharap para pelajar dapat memainkan peranan utama dan menjadi tunggak usaha mendorong kerjasama muhibah antara China dan Perancis, juga antara China dan Eropah.

Dalam surat mereka kepada Presiden Xi, wakil kelas tersebut berkongsi pengalaman belajar bahasa Cina serta minat mereka terhadap budaya China, sambil menzahirkan hasrat yang kuat untuk memperkasakan pertukaran antara belia Perancis dan China agar menyuburkan lagi ikatan persahabatan tradisional kedua-dua negara.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Xi banyak membalas surat pelajar dari seluruh dunia, menggalakkan mereka belajar bahasa Cina dengan baik, dan datang ke China untuk menimba pengalaman agar lebih memahami negara ini. Galakan dan tunjuk ajar daripada Presiden Xi telah menyemarakkan minat kian ramai pelajar di merata dunia untuk mendalami rahsia yang terkandung dalam karakter Cina, lebih memahami dan mencintai China, di samping menanam aspirasi untuk menjadi duta persahabatan antara China dan dunia.

Video

Berita Berkaitan