- Lain-lain
ACC Hoskan Dialog Mengenai FYP ke-15

Pusat ASEAN-China (ACC) telah menganjurkan satu dialog di ibu pejabat Xiaomi Corporation pada 20 Mac. Kira-kira 60 peserta menghadiri acara tersebut. (Foto ihsan Pusat ASEAN-China)
Pusat ASEAN-China (ACC) telah menganjurkan satu dialog di ibu pejabat Xiaomi Corporation pada 20 Mac, bertujuan meningkatkan pemahaman utusan diplomatik dari ASEAN mengenai hasil Dua Sesi China 2026 dan Pelan Lima Tahun ke-15 (2026–2030).
Kira-kira 60 peserta menghadiri acara tersebut, termasuk TYT Duta-duta Besar Negara Anggota ASEAN (AMS) ke China, Pehin Dato Rahmani dari Brunei, Soeung Rathchavy dari Kemboja, Zaw Win Myint dari Myanmar, Jaime A. FlorCruz dari Filipina, Chatchai Viriyavejakul dari Thailand, serta wakil Jabatan Hal Ehwal ASEAN Kementerian Luar China dan Xiaomi Corporation.

Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China Shi Zhongjun memberi ucapan pada acara dialog. (Foto ihsan Pusat ASEAN-China)
Dalam ucapannya, Setiausaha Agung ACC Shi Zhongjun menyatakan, tahun 2026 ini merupakan permulaan bagi Pelan Lima Tahun ke-15 China, tahun pertama pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-China tentang Perkongsian Strategik Komprehensif (2026-2030), juga ulang tahun ke-5 perkongsian strategik tersebut. Dua Sesi China tahun ini mempunyai makna yang amat signifikan. Pelan Lima Tahun ke-15 dan Laporan Kerja Kerajaan 2026, yang kedua-duanya dibentangkan semasa Dua Sesi, memfokuskan pembangunan berkualiti tinggi dengan mengutamakan perkembangan stabil, inovasi sains dan teknologi, pembangunan hijau, serta kesejahteraan rakyat.
Ini bukan sahaja menetapkan hala tuju pembangunan China pada masa depan, malah banyak menyuntik kepastian dan keyakinan dalam dunia masa kini yang penuh pancaroba, di samping menawarkan ruang yang cukup luas untuk memperdalam kerjasama ASEAN-China.

Duta besar Filipina ke China, Jaime FlorCruz memberi ucapan pada acara dialog. (Foto ihsan Pusat ASEAN-China)
Bagi pihak Duta-duta Besar AMS ke China, Jaime FlorCruz dari Filipina menzahirkan penghargaan terhadap ACC kerana menyambung dialog kedutaan ASEAN untuk lebih memahami China. Fokus strategik Pelan Lima Tahun ke-15, termasuk kemandirian sektor perindustrian, kemajuan teknologi dan ketahanan ekonomi, mendapat sahutan anggota ASEAN. Sebagai rakan kongsi strategik komprehensif yang juga blok rakan dagang terbesar China, banyak yang perlu difahami oleh ASEAN berkaitan visi China berkaitan masa depan negara bahkan rantau. Beliau turut menyuarakan komitmen ASEAN untuk bahu-membahu bersama China bagi menjayakan pelan lima tahun terbaru ini.
Memetiknya lagi, 2026 merupakan ulang tahun ke-50 Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC). Selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Filipina bersedia bersama China dan AMS menjunjung semangat persahabatan dan kerjasama sambil mengharungi ranjau dalam meneroka masa depan, agar maju bersama ke arah kemakmuran semua.

Peserta melawat dewan pameran produk rumah pintar Xiaomi. (Foto ihsan Pusat ASEAN-China)
Selepas dialog, para peserta telah melawat dewan pameran produk rumah pintar Xiaomi, melihat sendiri teknologi kereta EV dan ekosistem rumah bersepadunya, serta menyaksikan pencapaian terkini pembuatan pintar dan inovasi teknologi syarikat China.

Peserta melawat dewan pameran produk rumah pintar Xiaomi. (Foto ihsan Pusat ASEAN-China)
- Keserasian Sistem Imbas Kod QR Suntik Momentum kepada Dagangan China, ASEAN
- AI Rombak Penghasilan Kandungan: Teknologi China Pacu Drama Mikro Asia Tenggara
- Teknologi Pintar Pacu Penaiktarafan Laluan Rentas Sempadan China-ASEAN
- Pusat Kerjasama Aplikasi AI China-ASEAN Sasar Jadi Pemacu Ekonomi Digital Serantau
- Minggu China-ASEAN 2025 Buka Tirai di Fuzhou
- Pusat Kerjasama Aplikasi AI China-ASEAN : Pemacu Baharu Era Digital Serantau
- Tokoh Akademi China, ASEAN Bincang Isu Tadbir Urus Negara dan Pentadbiran Awam
- Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-15 di Kuala Lumpur
- Guangxi Kemuka Rancangan untuk Pulau Ekologi Antarabangsa Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-China
- China, ASEAN, Bersama Inovasi Khidmat Selia Pasaran




