Kumpulan Kerja Kewangan China, Kanada Bermesyuarat Buat Kali Pertama

(CRI)Ahad 05 April 2026

Mesyuarat pertama kumpulan kerja kewangan China-Kanada berlangsung di Beijing pada Jumaat, dipengerusikan bersama oleh Gabenor Bank Rakyat China (PBOC) Pan Gongsheng dan Menteri Kewangan Kanada Francois-Philippe Champagne.

Dalam mesyuarat itu, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai situasi ekonomi global, dasar monetari, kawal selia kewangan, pembangunan pasaran kewangan serta tadbir urus kewangan di peringkat global.

Ditubuhkan pada Januari 2026, kumpulan kerja itu menyediakan saluran profesional dan berinstitusi untuk pertukaran antara kedua-dua negara berhubung dasar kewangan dan monetari, aliran modal rentas sempadan serta usaha menstabilkan kewangan, membanteras kegiatan pengubahan wang haram dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan