Kemboja Kuat Kuasa Undang-undang Banteras Penipuan Siber Telekomunikasi

(CRI)Selasa 07 April 2026

Pemangku Ketua Negara Kemboja, Hun Sen menandatangani dekri akta pada Isnin yang mengisytiharkan Undang-undang Memerangi Penipuan Siber Telekomunikasi.

Ini sekali gus menyaksikan undang-undang berkenaan yang diluluskan oleh Senat Kemboja pada 3 April lalu, dikuat kuasa serta-merta.

Undang-undang berkenaan merangkumi lima pendakwaan jenayah termasuk mengatur atau mengetuai sindiket penipuan telekomunikasi selain merekrut atau melatih individu untuk terlibat dalam penipuan telekomunikasi.

Berdasarkan Undang-undang Memerangi Penipuan Siber Telekomunikasi itu, pihak yang didapati terlibat dengan jenayah berkaitan akan berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun.

Sekiranya aktiviti penipuan melibatkan keganasan, penahanan haram, pemerdagangan manusia serta mengakibatkan kematian, dalang sindiket berkenaan turut berdepan hukuman penjara maksimum seumur hidup.

Video

Berita Berkaitan