China Percepat Pembinaan Sistem Rawatan Berperingkat, Akses Kesihatan Semakin Meningkat

(CRI)Isnin 13 April 2026

Pembangunan sistem rawatan berperingkat di China kini sedang beralih daripada fasa pembinaan asas kepada tahap peningkatan menyeluruh dari segi kualiti dan kecekapan.

Kini lebih 90 peratus daripada rakyat China dapat mencapai pusat perkhidmatan perubatan terdekat dalam tempoh 15 minit.

Demikian menurut pegawai Suruhanjaya Kesihatan Negara dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Baru-baru ini, Dewan Negara China telah mengeluarkan dokumen bertajuk "Tindakan Mempercepat Pembinaan Sistem Rawatan Berperingkat" yang bertujuan memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Menurut pegawai tersebut, kini terdapat lebih 1.1 juta institusi kesihatan dan perubatan meliputi kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara dengan perkhidmatan kesihatan asas kini merangkumi kira-kira 1.4 bilion penduduk.

Video

Berita Berkaitan