- Lain-lain
Masyarakat Antarabangsa Semakin Sedar Impak Buruk Kenyataan PM Jepun Berhubung Hal Taiwan

Terdapat satu laporan tahunan yang dikeluarkan oleh agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) yang berpandangan bahawa pendirian Jepun dalam hal Taiwan telah berubah dengan ketara berbanding sebelumnya.
Bagaimanapun, kerajaan Jepun memberikan respons dengan menafikan penilaian AS tersebut dan menegaskan bahawa pendiriannya mengenai cara mentakrifkan "situasi krisis hidup mati" tidak berubah.
Sehubungan itu, Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam menunjukkan bahawa terdapat juga laporan berkenaan yang memperlihatkan masyarakat antarabangsa semakin sedar akan impak buruk kenyataan Sanae Takachi dan terus berwaspada terhadap kecenderungan berbahaya Jepun yang berperanan agresif dalam mencetuskan provokasi.
Lin berkata, "Jepun yang menguar-uarkan bahawa pendiriannya tidak berubah', tidak dapat memberi satu naratif yang meyakinkan dan juga gagal mendapatkan kepercayaan dari masyarakat antarabangsa terutama negara jiran di Asia. Kami mendesak Jepun supaya membuat refleksi dan membetulkan kesalahan, dan jangan terus menempuh jalan yang salah."
Lin juga memberikan respons berhubung laporan AS yang menyebut China tidak mempunyai rancangan untuk "merampas Taiwan" melalui kekuatan tentera pada tahun 2027, dengan menegaskan bahawa hal Taiwan adalah urusan dalaman China, dan AS harus mematuhi prinsip Satu China serta Tiga Pengumuman Bersama China-AS, dan berhemah ketika bercakap atau bertindak berhubung hal Taiwan.
- Berwaspada pada Bahaya Kecenderungan Jepun Bangkitkan Militarisme - Menteri Luar China
- Jepun Digesa Laksana Janji dan Kewajipan Antarabangsa
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China
- Latihan 'Misi Keadilan 2025' Sah, Wajar
- Bayaran untuk Kos "Perlindungan"
- PLA Lakukan Latihan Tembakan Peluru Hidup di Perairan Utara Taiwan




