- Lain-lain
China Gesa Hapus Syarat Diskriminasi Dalam Akta Penggalak Industri EU
Kementerian Perdagangan China menyuarakan kebimbangan serius terhadap Rang Undang-Undang (RUU) "Akta Penggalak Industri" Kesatuan Eropah (EU), dengan menyatakan ia berpotensi mewujudkan halangan pelaburan dan amalan diskriminasi terhadap pelabur asing.
Jurucakap kementerian tersebut memaklumkan, China telah mengemukakan pandangan rasmi kepada Suruhanjaya EU pada 24 April lalu, bagi menjelaskan pendirian dan kebimbangan China terhadap rang undang-undang tersebut.
Menurut kenyataan tersebut, RUU tersebut mengenakan pelbagai sekatan dan syarat ketat terhadap pelaburan asing dalam sektor strategik baharu seperti bateri, kenderaan elektrik, tenaga solar dan bahan mentah kritikal.
Selain itu, dasar berkaitan perolehan dan sokongan kerajaan turut memasukkan klausa eksklusif "asal EU", yang disifatkan sebagai halangan pelaburan dan diskriminasi institusi.
Pihak China akan memantau dengan teliti terhadap proses penggubalan akta tersebut, dan bersedia untuk mengadakan perbincangan serta dialog dengan pihak EU.
Sekiranya pihak EU mengabaikan cadangan China dan tetap meneruskan penggubalan akta tersebut sehingga menjejaskan kepentingan syarikat-syarikat China, pihak China tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan balas demi menjaga hak dan kepentingan sah syarikat-syarikat China.
- FTZ Rintis Sinonim Keterbukaan Bertaraf Tinggi
- China Jadi Enjin Utama Pertumbuhan Industri Perfileman Global
- Tinjauan CGTN: China, Kepastian Terbesar bagi Dunia yang Mendepani Situasi Tidak Menentu
- China Terus Berkongsi Masa Depan Menang-Menang dengan Dunia
- TBC 2026 Suntik "Kuasa Kuda" Bagi Ekonomi Global
- Ekonomi Asia Pasifik Kekal Enjin Pertumbuhan Global - UNESCAP
- Bilangan Rakan FTA China Semakin Meningkat
- China Terbit Senarai Keutamaan FTZ Rintis
- China, Nicaragua Tandatangani FTA
- Arahan Xi untuk Dorong Pembangunan Projek Pilot FTZs
- China Keluarkan Pelan Induk Zon Rintis Perdagangan Bebas Xinjiang
- Xinjiang Tubuh FTZ Rintis, Sasar Keterbukaan Taraf Tinggi
- China Ambil Langkah Terhadap Alat Perubatan Import Dari EU Dalam Pemerolehan
- China Bantah EU Masukkan Syarikat China dalam Sekatan
- Kenali Pembaharuan China pada Era Baharu - "Usahakan Yang Paling Sukar, Sasarkan Yang Paling Tinggi"
- China Tegas Bela Hak dan Kepentingan Syarikatnya
- Dakwaan EU tentang Kes Siasatan Anti-subsidi terhadap BEV China Salah
- Keputusan Siasatan EU ke atas Import BEV China Ditolak
- China Failkan Rayuan Berhubung Surcaj Kanada Terhadap Import EV
- China, EU Tidak Noktahkan Rundingan tentang Kes Anti Subsidi BEV
- 'Kumpulan Kecil' Bantut Kemajuan Teknologi : Wakil China
- China Failkan Pertuduhan Berhubung Keputusan EU tentang Tarif Import BEV
- Saling Untung Inti Pati Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan: MFA
- China Tegas Bela Hak dan Kepentingan Sahnya




