- Lain-lain
China Mengecam Gerak-geri Lai Ching-te Macam 'Penyeludup' ke Eswatini
Prinsip Satu China sudah lama menjadi satu panduan asas dalam hubungan antarabangsa yang sudah diiktiraf umum dalam senario global.
Parti Progresif Demokratik (DPP) sebagai pihak berkuasa Taiwan sekarang ini hanya sia-sia sahaja dalam usaha mahu merubah fakta bahawa 'Taiwan adalah sebahagian wilayah China, tidak kira apa cara yang digunakannya dalam bersubahat dengan kuasa luar atau 'melakukan politik murahan dengan menyuap'.
Jurucakap Kementerian Luar China membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap pertanyaan media mengenai lawatan Lai Ching-te ke Eswatini dengan menaiki 'pesawat persendirian' raja Eswatini pada Sabtu.
"Kuasa pembelot 'kemerdekaan Taiwan' ditakdir terkendala, tak kira apa gimik yang dimainkannya.
"Lai diam-diam menaiki satu pesawat asing untuk perjalanan ke Eswatini, di sebalik pergelutan rakyat Taiwan pada tempoh pasca gempa bumi. Lakonan politiknya sepanjang perjalanan tersebut kelihatan seperti seorang 'penyeludup' yang membawa ejekan dalam masyarakat dunia, " kata jurucakap itu.
Beliau juga menasihati Eswatini agar memahami aliran sejarah dengan jelas, jangan menjadikan kepentingan diri sendiri terjejas susulan sokongan kepada segelintir pembelot 'kemerdekaan Taiwan'.
- China Gesa AS Henti Campur Tangan Soal Taiwan
- Pijak Garis Merah, Buruk Padahannya
- China Bantah Kapal Pasukan Pertahanan Diri Jepun Melintasi Selat Taiwan
- Ahli Parlimen Jepun Sekongkol dengan Pembelot Taiwan, China Bertindak Balas
- Masyarakat Antarabangsa Semakin Sedar Impak Buruk Kenyataan PM Jepun Berhubung Hal Taiwan
- Berwaspada pada Bahaya Kecenderungan Jepun Bangkitkan Militarisme - Menteri Luar China
- Jepun Digesa Laksana Janji dan Kewajipan Antarabangsa
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan




