Syarikat China Terajui Integrasi AI, Automobil

(CRI)Rabu 06 Mei 2026

Pameran Automotif Antarabangsa Beijing atau Auto China 2026 yang berlangsung selama sepuluh hari bermula 24 April, menjadi tumpuan media asing.

Mereka berpendapat bahawa pameran berkenaan menjadi penunjuk utama bagi industri automotif global bergerak ke era 'kecerdasan buatan (AI)+automobil'.

Agensi berita AFP melaporkan, syarikat automotif China kini berada di barisan hadapan industri berkenaan.

Pengeluar kenderaan tempatan seperti BYD, Xiaomi dan XPeng menerapkan teknologi AI dan pemanduan automatik ke dalam pembuatan kenderaan tenaga baharu (NEV), sekali gus mempamerkan prestasi unggul dari segi sistem swapandu, teknologi pengecasan dan perjalanan masa depan.

Pada masa sama, syarikat asing aktif memperkasakan kerjasama dengan syarikat China.

BMW menjalin kerjasama dengan pembekal bateri kenderaan elektrik, CATL; Audi menggunakan sistem bantuan pemanduan pintar Huawei; Volkswagen bekerjasama dengan Xpeng Motors untuk membangunkan model NEV.

Langkah tersebut memperlihatkan pengintegrasian mendalam dan inovasi kolaboratif yang dicapai industri automotif global dengan pengeluar kenderaan China.

Video

Berita Berkaitan