- Lain-lain
Lawatan Cheng Li-wun di Beijing Tertumpu kepada Perkembangan AI

Pengerusi Parti Kuomingtang (KMT), Cheng Li-wun mengetuai delegasinya melakukan lawatan di Beijing bermula petang Jumaat.
Mereka terlebih dahulu datang ke Sekolah Menengah Tinggi berafiliasi pada Universiti Tsinghua, untuk mendapat pendedahan tentang amalan pengajaran kecerdasan buatan (AI) di kalangan anak muda.

Pada sebelah pagi Sabtu, delegasi KMT telah melawat Pusat Pameran Zhongguancun, di mana mereka turut mendapat sentuhan yang inovatif dan memberangsangkan tentang momentum Beijing dalam pembangunan sebagai hab inovasi AI.
Selepas lawatan itu berakhir, Cheng Li-wun dan para anggota delegasinya mengadakan seminar dengan wakil-wakil syarikat berkenaan untuk membincangkan peluang baharu bagi kerjasama sains dan teknologi antara kedua-dua pantai Selat Taiwan.
Cheng berkata, kalau tiada halangan politik antara kedua-dua pantai Selat Taiwan, sumbangan kedua-dua pihak kepada umat manusia boleh dilipatgandakan sehingga tidak terkira.


Sebelum kembali ke Taiwan pada tengah hari Ahad, delegasi KMT juga telah melawat Pusat Seni Persembahan Kebangsaan, Muzium Bekas Istana, dan satu kilang kereta berjenama Xiaomi.
- Model AI China Diguna Pakai Meluas
- Aplikasi AI Terserlah dalam Pameran Elektronik Pengguna dan Isi Rumah 2026 di China
- China Kini Pemilik Paten AI Terbesar Dunia
- Transformasi Pintar Pacu Perkembangan Pelebur Tembaga Utama China
- Lebih 6,000 Syarikat AI di China pada 2025
- People’s Daily Online Anjur “AI Night in Xi’an”, Pamer Masa Depan Media Dipacu AI
- Industri Teras AI China Dijangka Bernilai RMB1.2 Trilion Pada 2025
- AI+e-Sukan Corakkan Tatamain Baharu Masa Depan
- China Mahu Majukan Jaringan Pengangkutan Menjelang 2030
- Pembuat Permainan China Gabungkan AI Dengan Elemen Kebudayaan, Kecapi Kejayaan Antarabangsa




