- Lain-lain
China Kini Pemilik Paten AI Terbesar Dunia

Sebuah robot berjabat tangan dengan kanak-kanak di Wusu, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Foto/Li Renxi)
Sebagai salah satu teknologi strategik yang membuka pintu kepada gelombang transformasi sains dan industri yang seterusnya, AI menjadi tumpuan perhatian di seluruh China, sejajar dengan daya komprehensif negara yang terus meningkat dalam bidang ini.
Setakat hujung 2025, China telah menjadi pangkalan operasi bagi lebih 6,000 syarikat AI, dengan industri AI teras dinilai pada lebih 1.2 trilion yuan. Pada masa yang sama, kapasiti pengkomputeran pintar China telah melebihi 1,590 EFLOPS.
Tahun-tahun kebelakangan ini, China terus-menerus memperkasakan penyelidikan asas mengenai AI. Baik dari segi kuantiti mahupun kualiti, kertas kerja penyelidikan AI yang diterbitkan oleh China di ranking teratas global. Data yang diumumkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada 2025 menunjukkan bahawa China kini pemilik bilangan paten AI terbesar dunia, iaitu sebanyak 60 peratus jumlah seluruh dunia.

Seorang doktor menggunakan sistem perubatan berbantu Ai untuk diagnosis ultrabunyi berwarna di Hospital Shapingba Universiti Chongqing. (Foto/Sun Kaifang)
Perkembangan yang dipacu inovasi telah memperkukuh sektor AI China dengan teknologi-teknologi teras yang teguh. Negara ini telah melancarkan beberapa cip AI, mempercepat pembangunan set data industri berkualiti tinggi, dan mendorong pembinaan model skala besar secara domestik yang menyumbang kepada ekosistem sumber terbuka global.
China juga telah menyaksikan pertumbuhan pesat dari segi skala dan kadar penggunaan AI generatif. Menurut edisi ke-57 Laporan Statistik Pembangunan Internet terbitan Pusat Maklumat Rangkaian Internet China, bilangan pengguna AI generatif di China mencecah 602 juta setakat Disember 2025, naik 141.7 peratus berbanding hujung tahun sebelumnya. Kadar penggunaan pula meningkat kepada 42.8 peratus, suatu pertambahan sebanyak 25.2 mata peratusan tahun ke tahun.
Pada tempoh Pelan Lima Tahun ke-14 (2021-2025), AI generatif dengan pantasnya terintegrasi dalam kegiatan pengeluaran dan kehidupan harian, sekali gus menjadi enjin penting yang menjana transformasi digital dan pintar sosioekonomi China.

Seorang wanita berswafoto menggunakan sistem berbantu AI di Persidangan Inovasi dan Pembangunan Industri AI Beijing ke-4, 28 Februari 2026. (Foto/Chen Xiaogen)
- Transformasi Pintar Pacu Perkembangan Pelebur Tembaga Utama China
- Lebih 6,000 Syarikat AI di China pada 2025
- People’s Daily Online Anjur “AI Night in Xi’an”, Pamer Masa Depan Media Dipacu AI
- Industri Teras AI China Dijangka Bernilai RMB1.2 Trilion Pada 2025
- AI+e-Sukan Corakkan Tatamain Baharu Masa Depan
- China Mahu Majukan Jaringan Pengangkutan Menjelang 2030
- Pembuat Permainan China Gabungkan AI Dengan Elemen Kebudayaan, Kecapi Kejayaan Antarabangsa
- China Sedia Pergiat Kerjasama Siber dengan Dunia
- Forum Beijing Ke-22 Buka Tirai
- Pusat Kerjasama Aplikasi AI China-ASEAN : Pemacu Baharu Era Digital Serantau




