Persidangan Tamadun Siber China 2026 Buka Tirai di Nanning

(CRI)Selasa 19 Mei 2026

Persidangan Tamadun Siber China 2026 membuka tirai di Nanning, Guangxi pada pagi Selasa dengan tema "Ruang Siber Beradab, Menggerakkan Kekuatan Kemajuan".

Sepanjang acara, majlis perasmian, forum utama, dan 14 sub-forum akan diadakan.

Senarai contoh terbaik pembangunan tamadun siber kebangsaan bagi tahun 2026 dijangka diumumkan pada acara forum utama, serta pelancaran Bulan Peningkatan Literasi dan Kemahiran Digital Kebangsaan 2026.

Sementara itu, lebih 30 hasil dan pencapaian melibatkan laporan penyelidikan, hasil kerja, kes contoh, aktiviti pameran serta kempen komunikasi digital berkaitan pembangunan siber akan diperkenalkan dalam 14 sub-forum yang diadakan sepanjang persidangan tersebut.

Video

Berita Berkaitan