Persidangan Peradaban Internet China 2025 Buka Tirai di Anhui

(CRI)Rabu 11 Jun 2025

Persidangan Peradaban Internet China 2025 membuka tirai di Hefei, provinsi Anhui pada Selasa.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucaptama.

Para peserta berpendapat bahawa Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping telah memberikan arahan penting mengenai pembinaan tamadun dengan menekankan kepentingan memajukan pembangunan berkualiti tinggi dalam pembinaan moral yang akan menjadi panduan kepada kerja-kerja pembinaan tamadun pada era baharu.

Para peserta juga berpendapat bahawa adalah penting untuk mendalami dan melaksanakan pemikiran budaya Xi demi menggalakkan pembangunan peradaban internet secara mantap.

Video

Berita Berkaitan