- Lain-lain
Mesyuarat Pegawai Kanan ke-26 Pelaksanaan DoC Berlangsung di Kuala Lumpur
China dan pelbagai negara anggota ASEAN mengadakan Mesyuarat Pegawai Kanan ke-26 mengenai perlaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) di Kuala Lumpur, Malaysia pada Khamis.
Anggota mesyuarat sebulat suara bersetuju mengenai kepentingan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di Laut China Selatan, serta mengulangi komitmen mereka untuk terus melaksanakan DoC secara menyeluruh dan berkesan.
Selain itu, wakil China dan negara ASEAN yang menghadiri mesyuarat itu juga bersetuju untuk memperkukuh dialog dan rundingan, berhemah ketika menangani perselisihan, mengukuhkan kerjasama maritim dan mengekalkan kestabilan di Laut China Selatan.
Sementara itu, pelbagai pihak mengakui kemajuan yang dicapai dalam rundingan Penggubalan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) dan bersetuju untuk mengekalkan momentum rundingan bagi mencapai COC seawal mungkin.
Untuk rekod, dari 22 hingga 23 Mei, China dan negara-negara ASEAN akan mengadakan Mesyuarat Ke-55 Kumpulan Kerja Bersama Pelaksanaan DoC bagi terus mendorong rundingan COC.
- Penggubalan COC Langkah Kondusif: MFA
- China, ASEAN Gembleng Usaha Majukan Ekonomi Biru
- Projek Fotovoltaik Terbesar di Asia Tenggara Dibina China Mula Beroperasi di Laos
- Laporan AMRO:China Menjadi Hab Utama Rangkaian Pengeluaran Rantau ASEAN+3
- Pertumbuhan Ekonomi Asia Timur-Tenggara 2026 Dijangka Meningkat 4 Peratus
- Budaya Sebagai Jambatan Pamer Kecemerlangan Wanita – Diplomat China, ASEAN Bincang Warisan Budaya
- China, Filipina Setuju Kawal Situasi di Laut China Selatan
- Keterbukaan Tahap Tinggi Demi Rancakkan Kerjasama China-ASEAN
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sekali Lagi Dilantik Sebagai Presiden Laos
- ACC Hoskan Dialog Mengenai FYP ke-15




