- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sekali Lagi Dilantik Sebagai Presiden Laos
Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Thongloun Sisoulith yang sekali lagi dilantik sebagai Presiden Laos.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam perutusannya berkata, China dan Laos merupakan negara sosialis berjiran baik, kedua-dua negara ini saling menyokong dalam isu-isu yang berkait rapat dengan kepentingan teras dan keprihatinan masing-masing.
Tahun 2026 merupakan ulang tahun ke-65 jalinan hubungan diplomatik China-Laos, dan juga Tahun Persahabatan China-Laos. Pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan, sekali gus menyuntik kedinamikan kepada peningkatan persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.
"Saya amat mementingkan hubungan antara kedua-dua negara dan parti, bersedia berusaha bersama dengan Setiausaha Agung dan Presiden Thongloun untuk menggaris cetak biru baharu bagi kerjasama strategik komprehenif kedua-dua negara, menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos ke tahap lebih tinggi demi manfaat rakyat kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau," kata Xi.
- Projek Kuasa 500kV China-Laos Siap Disambung
- Xi, Thongloun Umum Tahun 2026 Sebagai Tahun Persahabatan China-Laos
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun
- Wang Huning Lakukan Lawatan Rasmi ke Laos
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Republik Demokratik Rakyat Laos
- Perkukuh Hubungan China-Laos, Bawa Lebih Banyak Manfaat kepada Rakyat
- Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan China-Laos Dilancarkan
- Tokoh Akademi China, ASEAN Bincang Isu Tadbir Urus Negara dan Pentadbiran Awam
- China, Malaysia Ikrar Perdalam Kerjasama
- China, ASEAN, Bersama Inovasi Khidmat Selia Pasaran




