- Lain-lain
Kedai Pulangan Cukai Untuk Pengembara Asing Yang Pertama Dilancarkan Dalam Talian
Jabatan Cukai Beijing mengumumkan pada 2 Jun bahawa kedai pulangan cukai untuk pengembara asing yang pertama di China dilancarkan secara rasmi di Beijing, dilengkapi perkhidmatan rebat di sejumlah hotel yang tersenarai sebagai kumpulan pertama. Pelancong asing yang membuat pembelian dalam talian kini boleh secara langsung menangani urusan pulangan cukai di hotel yang diinap.
Menurut maklumat berkenaan, apabila pelancong asing membuat pesanan secara dalam talian dengan memasukkan maklumat berkaitan termasuk nombor dokumen pasport dan tarikh masuk ke China, satu borang permohonan pulangan cukai elektronik akan terbentuk secara automatik dalam sistem kendalian perkhidmatan tersebut.
Pada masa ini, terdapat hampir 300 jenis barangan yang merangkumi komunikasi mudah alih, digital, komputer, elektronik isi rumah dan sebagainya yang tersenarai dalam kedai pulangan cukai untuk pengembara asing, yang dilaporkan memadai dari segi kepelbagaian.
- China Optimumkan Sistem Pulangan Cukai Pelancong Asing
- Jumlah Pelancong Asing ke China Melebihi 150 Juta pada 2025
- Pengembara Asing Teruja Beli-belah di China Sempena Sambutan TBC 2026
- Pelancong Asing Dialu-alukan Kunjungi China semasa Sambutan TBC 2026
- Musim Ais, Salji Harbin Tarik Pelancong ASEAN, Disokong Empat Lagi Penerbangan Terus
- Puncak Salji Barat Daya China, Tarik Pelancong Asia Tenggara
- Jumlah Pelancong Asing Mohon Rebat Cukai Berlepas di Shanghai Meningkat 156.3 Peratus
- Pelancong Asing Nikmati Rebat Cukai di China Naik 285 Peratus
- China Tawar Pengecualian Visa kepada 75 Negara
- Kemasukan Pengembara Asing ke China pada H1 2025 Meningkat




