Persidangan Ahli Sinologi Sedunia Ke-3 Berlangsung di Dunhuang

(CRI)Khamis 04 Jun 2026

Persidangan Ahli Sinologi Sedunia Ke-3 yang bertemakan "Menghubungkan Kebijaksanaan Tamadun dari Dalam dan Luar China, Bersama Menghadapi Cabaran dalam Arus Zaman" telah dirasmikan di sini selasa.

"Kajian sinologi merupakan saluran penting untuk memahami tamadun China, dan juga jendela untuk mendapat pendedahan tentang modenisasi ala China," kata seorang petugas dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

"Kami bersedia bekerjasama dengan kelompok sinologis dari seluruh dunia dan rakan-rakan dari pelbagai lapisan masyarakat dalam menyebarkan budaya China, memupuk persahabatan antara China dengan luar, saling belajar dan merancakkan pertukaran, serta bersama-sama melaksanakan Inisiatif Tamadun Global, demi memperkukuh aspek peradaban dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," tambah beliau.

Sementara itu, para hadirin menyatakan bahawa kearifan "satu dunia satu keluarga" dan "simbiosis dalam kehidupan harmoni" yang terkandung dalam tamadun China boleh dijadikan rujukan penting untuk menangani cabaran semasa dalam senario global.

Selain acara persidangan, jadual kunjungan dan bengkel interaktif juga tersedia untuk para sinologis yang berminat mengenali China dan mendapat pendedahan di peringkat akar umbi.

Sebagai rekod, persidangan kali ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Pertukaran Antarabangsa China (CAIFU) dan pihak berkuasa tempatan provinsi Gansu, dengan penyertaan lebih 300 wakil dari hampir 70 buah negara.

Video

Berita Berkaitan