Tang Xianzu dan Shakespeare: Teater Jadi Jambatan Dialog Budaya Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 03 Disember 2025

Bulan Pertukaran Teater Antarabangsa Tang Xianzu ke-7 membuka tirainya. (Foto oleh Shi Yu)

Bulan Pertukaran Teater Antarabangsa Tang Xianzu ke-7 membuka tirainya. (Foto oleh Shi Yu)

Sejurus malam menjengah dan lampu-lampu di jalan serata bandar dinyalakan, satu pertunjukan teater yang penuh asyik telah dipersembahkan di Wenchangli, Fuzhou, Provinsi Jiangxi di timur China.

Di atas pentas, satu simbolik ‘dialog merentas masa dan ruang’ antara pengarang lakon China Tang Xianzu dan William Shakespeare menandakan kemuncak Bulan Pertukaran Teater Antarabangsa Tang Xianzu ke-7.

Dianjurkan secara bersama oleh kerajaan provinsi Jiangxi, Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Luar, dan Persatuan Teater China, acara tahun ini menghimpunkan pengarang lakon, pelakon dan sarjana dari 12 negara dan wilayah. Dengan persembahan secara langsung, kem bina teater remaja, forum bertema dan aktiviti-aktiviti berkaitan, acara tersebut meraikan teater sebagai medium bagi keterlibatan global dan pertukaran budaya.

Pada 2015, Presiden China, Xi Jinping dalam rangka lawatannya ke United Kingdom (UK) menyifatkan Tang Xianzu sebagai William Shakespeare kontemporari, dengan kedua-duanya meninggal dunia pada tahun 1616.

Menurut Xi, China dan Britain boleh memperingati secara bersama tentang legasi kedua-dua pakar sastera untuk mempromosi pertukaran antara rakyat dan memperdalam persefahaman bersama.

Dalam tempoh sedekad lalu, teater telah menjadi jambatan kepada pertukaran budaya, mentransformasi aktiviti peringatan kepada platform untuk dialog antara peradaban. Ia telah menjadi medium yang kuat untuk memupuk keterlibatan global menerusi budaya.

“Fuzhou merupakan tempat lahirnya Tang Xianzu dan tempat beliau mengarang skrip,” ujar Wu Fengchu, pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa Tang Xianzu di Fuzhou. Klasik Tang iaitu ‘Empat Mimpi Linchuan’ menzahirkan emosi manusia secara mendalam dan nilai kemanusiaan yang bertahan lama. Hari ini, gema emosi terus mencapai audiens global.

Bulan Pertukaran Teater Antarabangsa Tang Xianzu ke-7 membuka tirainya. (Foto oleh Shi Yu)

Bulan Pertukaran Teater Antarabangsa Tang Xianzu ke-7 membuka tirainya. (Foto oleh Shi Yu)

“Pada April tahun lepas, semasa sambutan hari ulang tahun Shakespeare di Stratford-upon-Avon, saya melakonkan watak Du Liniang dan mempersembahkan petikan bahasa Inggeris daripada ‘The Peony Pavilion’ Tang bersama rakan sekelas saya di Pavilion Peony,” kata Emily C. A. Snyder dari Institut Shakespeare di Universiti Birmingham, yang membawa pasukannya ke bulan pertukaran tahun ini.

“Saya selalu bermimpi untuk melawat China. Seperti Du Liniang, impian saya telah menjadi kenyataan,” ujar beliau lagi.

Bagi Huang Bikang, profesor di Fakulti Bahasa Asing Universiti Peking, beliau menyifatkan monolog Huo Xiaoyu tentang kekayaan dalam ‘The Legend of the Purple Hairpin’ hasil karya Tang telah menggemakan kritikan materialisme dalam Timon of Athens karya Shakespeare.

“Begitu juga, satira tentang kuasa dan kemasyhuran dalam 'A Dream Under the Southern Bough' dan 'Handan Dream' hasil karya Tang juga menggemakan tema yang biasa bagi penonton Barat," kata Huang yang juga Pengerusi Persatuan Shakespeare Institut Kesusasteraan Asing di bawah Akademi Sains Sosial China.

Sepuluh tahun yang lalu, acara memperingati Fuzhou telah menjemput peserta dari seluruh dunia. Hari ini, ia mengalu-alukan artis teater dan peminat dalam kalangan golongan muda dari seluruh dunia, sekali gus berubah menjadi pusat pertukaran budaya antarabangsa yang meriah.

Tahun ini, produksi asal ‘Dreaming Under the Bough’ menerima pujian yang meriah. Diinspirasikan oleh ‘A Dream Under the Southern Bough’ karya Tang dan ‘A Midsummer Night's Dream’ karya Shakespeare, drama ini dicipta dan dipersembahkan secara kolaboratif oleh pelajar dari Universiti Leeds di UK, Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa di China, dan institusi-institusi lain. Dengan menggabungkan karya klasik sastera Timur dan Barat dengan interpretasi muda, produksi ini telah memberi nafas baharu kepada imejan tradisional.

"Kami ingin menunjukkan melalui teater bahawa impian tidak mengenal sempadan," kata seorang pelajar pelakon dari UK. Melalui latihan dan persembahan, pelajar menjalin persahabatan yang berkekalan dan memperdalam persefahaman bersama.

Li Jun, profesor di Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa dan salah seorang pengarah drama tersebut berkata bahawa kerjasama ini memperlihatkan dialog yang bermakna, dengan pelajar dari kedua-dua institusi mengejar impian mereka bersama-sama.

Bagaikan sebuah mimpi, teater terus menggemakan hati penontonnya. Pengembaraan emosi yang dikongsi bersama tersebut mencerminkan visi lebih luas dalam pembinaan komuniti yang berkongsi masa depan untuk kemanusiaan, memupuk pertukaran budaya, pemahaman lebih mendalam dan saling belajar antara peradaban.

Video

Berita Berkaitan