- Lain-lain
Kem Interaksi Bahasa dan Budaya Belia Malaysia-China 2026 Buka Tirai di Putrajaya

Kem Interaksi Bahasa dan Budaya Belia Malaysia-China 2026 yang berlangsung selama empat hari, dirasmikan di Putrajaya pada Isnin.
Acara tersebut merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), serta Bahagian Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di China.
Peserta dari China yang menyertai kem tersebut terdiri daripada guru dan pelajar dari 13 institusi pengajian tinggi di China yang menawarkan jurusan Bahasa Melayu.
Sepanjang program berlangsung, para peserta akan terlibat di dalam forum, lawatan dan aktiviti pertukaran yang bertemakan "Bahasa dan Pertukaran Budaya", bagi memperluas ruang kerjasama.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Adam Adli Abdul Halim ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata, kedua-dua pihak boleh mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi kerjasama pendidikan tinggi, disamping melakukan dialog berterusan bagi memperkukuh kerjasama berimpak tinggi dan mampan, selain turut menekankan peranan bahasa sebagai jambatan komunikasi budaya.
Sementara itu, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dalam ucapannya menyatakan harapan agar interaksi belia kedua-dua negara dapat menyuntik tenaga baharu kepada hubungan persahabatan China-Malaysia.
- Budaya Sebagai Jambatan Pamer Kecemerlangan Wanita – Diplomat China, ASEAN Bincang Warisan Budaya
- China, Malaysia Anjur Dialog Perniagaan Jalur dan Laluan keenam di Ningxia
- MCKIP, “Lombong Emas” Yang tidak Kering
- Haikou Buka Laluan Pengangkutan Kargo Udara ke Kuala Lumpur
- Presiden Xi Beri Galakan kepada Pelajar Sedunia
- Kerjasama Robotik Malaysia-China, Pacu Daya Saing Industri Serantau
- Jambatan Batang Lupar di Sarawak Siap Disambung, Satu Lagi Projek Kerjasama China-Malaysia
- Panda, Lambang Hubungan Malaysia-China
- "Teater Panda" sempena Musim Tayangan Program China Dilancarkan di Malaysia
- Hampir 20,000 Syarikat Bertapak di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia




