- Lain-lain
China Mula Projek Mega di Sungai ketiga Terpanjang Dunia

Foto bertarikh 8 Jun 2026 ini menunjukkan tapak pembinaan zon penggalian fasa awal projek jalan air baharu Tiga Gaung di Yichang, provinsi Hubei, tengah China. (Xinhua/Wu Zhizun)
China pada Isnin lalu memulakan pembinaan sebuah projek jalan air mega, termasuk pintu air pedalaman yang bakal menjadi yang terbesar dunia, sebagai respons kepada kegiatan perkapalan yang semakin rancak di sepanjang Yangtze, sungai ketiga terpanjang di dunia.
Projek bermodal 77.2 bilion yuan ini akan menambah sebuah pintu air dua trek lima tingkat di utara pintu air sedia ada di Empangan Tiga Gaung, selain menaiktarafkan kemudahan navigasi di empangan hiliran yang lebih kecil.
Selepas siap, kemudahan terbaru ini akan melipatgandakan kapasiti tahunan projek pemuliharaan air terbesar dunia ini kepada 336 juta tan.
Ia merupakan projek utama pertama yang dilancarkan semasa tempoh Pelan Lima Tahun ke-15 China (2026-2030), suatu fasa kritikal dalam usaha negara ke arah merealisasikan pemodenan sosialis pada asasnya menjelang 2035.
Menjangkaui 11 wilayah peringkat provinsi dari pedalaman di barat hinggalah pesisir pantai di timur, Jalur Ekonomi Sungai Yangtze menjana hampir separuh KDNK negara. Ia menjadi pangkalan operasi kluster perindustrian utama termasuk industri logam, elektronik dan automobil, manakala sektor baharu seperti AI, bioperubatan dan tenaga baharu pesat berkembang.
Jalur ekonomi tersebut juga merupakan salah satu hab utama bagi pelaburan dan perdagangan, yang menyumbang hampir separuh daripada perdagangan asing China.
Pengangkutan sungai tetap penting bagi ekonomi China, terutamanya di Sungai Yangtze, jalan air terpenting yang panjangnya lebih 6,300 kilometer.
- Pasaran Industri Penjimatan Air di China Kekal Kukuh
- Empat Lagi Projek Pengairan China Tersenarai WHIS
- Projek Rawatan Air China, Pemenang "Anugerah Inovasi Global" IWA 2024
- Xi Balas Surat Sukarelawan, Galak Mereka Promosi Perlindungan Air
- Daya Bekalan Air Projek Tali Air China Lebihi 900 Bilion Meter Padu
- China Bakal Bentuk Rangkaian Air Negara Menjelang 2035
- Pelaburan Projek Pengurusan Air Catat Rekod
- Hasil Pembangunan Sumber Air China Lakar Sejarah




