Topeng "Negara Aman" Yang Dipakai Jepun Hanyalah Sandiwara

(CRI)Jumaat 12 Jun 2026

Jepun bersuara lantang mengenai "dasar pertahanan" dan identitinya sebagai negara aman tetapi tindakan yang diambil negara itu adalah berbeza.

Demikian menurut Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian ketika mengulas mengenai kenyataan kerajaan Jepun yang mempertahankan dasar pertahanannya selepas timbul laporan mengenai kenyataan bersama China dan Pakistan yang menyebut tentang penentangan terhadap usaha menghidupkan semula militarisme.

Lin mendakwa Jepun terus meningkatkan perbelanjaan pertahanan secara ketara, melonggarkan sekatan eksport senjata pemusnah besar-besaran, mempercepat penempatan peluru berpandu jarak sederhana dan jauh dan memperkukuh keupayaan ketenteraan yang bersifat ofensif.

Lin turut menyentuh mengenai isu penyimpanan bahan nuklear sensitif dan usaha meminda Perlembagaan Keamanan sebagai tindakan yang menimbulkan kebimbangan.

Hakikatnya, Jepun sendiri yang menanggalkan topeng "negara aman" yang selama ini dibanggakan mereka.

Justeru Li menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi perhatian serius berhubung perkara tersebut dan sama-sama tidak membenarkan militarisme Jepun bangkit semula.

Video

Berita Berkaitan