- Lain-lain
Zhao Leji Ucap Takziah atas Pemergian Yohei Kono
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji pada Khamis mengucapkan takziah kepada keluarga Yohei Kono, atas pemergian Pengerusi Persatuan Penggalakan Perdagangan Antarabangsa Jepun yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat Jepun itu.
Dalam perutusan takziahnya, Zhao berkata mendiang merupakan negarawan Jepun dan sahabat lama rakyat China.
Beliau juga merupakan individu yang telah lama berbakti dalam usaha persahabatan Jepun-China.
Mengimbas kembali pada tahun 1993, Yohei Kono yang ketika itu berkhidmat sebagai Ketua Setiusaha Kabinet Jepun telah mengeluarkan "Kenyataan Kono" berhubung isu "wanita dijadikan hamba seks tentera Jepun" yang sehingga kini memberi impak kepada seluruh dunia.
Zhao berharap aspirasi dan nilai positif mendiang Yohei Kono dapat diteruskan oleh ahli keluarganya, sekaligus mendorong hubungan Jepun-China kembali ke landasan yang normal.
- Xi Bertemu PM Jepun di Gyeongju
- China, Jepun Komited Perkukuh Hubungan Strategik
- Presiden Xi Utus Ucap Takziah atas Pemergian Bekas PM Jepun Murayama
- Wang Yi Adakan Pertemuan dengan Presiden JAPIT
- Li Qiang Terima Kunjungan Delegasi Perdagangan Jepun
- Wang Yi Bertemu Wakil Kumpulan Persahabatan Jepun-China
- Wang Yi: China, Jepun Boleh Promosi, Amalkan Nilai Asia
- Li Shulei Terima Kunjungan Rombongan Parti Perlembagaan dan Demokratik Jepun
- PM Li Bertemu Delegasi Gabungan Parti Pemerintah Jepun
- China, Jepun Pulih Mekanisme Pertukaran Parti Pemerintah




