China, Jepun Komited Perkukuh Hubungan Strategik

(CRI)Rabu 29 Oktober 2025

China bersedia bekerjasama dengan Jepun untuk memperkukuh hubungan strategik yang saling menguntungkan berdasarkan prinsip empat dokumen politik antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Toshimitsu Motegi pada Selasa.

Dasar China terhadap Jepun kekal konsisten dan stabil, kata beliau sambil menyeru agar kedua-dua negara membina hubungan yang konstruktif dan stabil sesuai dengan keperluan era baharu.

Sementara itu, Motegi berkata China merupakan jiran yang penting kepada Jepun dan Perdana Menteri Sanae Takaichi amat menghargai hubungan Jepun-China.

Ujar beliau, pihak Jepun tidak pernah berniat untuk memutuskan hubungan dengan China, sebaliknya berharap kedua-dua negara dapat memperkukuh pertukaran pelbagai peringkat, meningkatkan kerjasama saling untung, menangani perselisihan dengan baik serta memajukan hubungan yang konstruktif dan stabil secara menyeluruh.

Video

Berita Berkaitan