Persidangan Forum Selat Ke-18 Dirasmikan

(CRI)Isnin 15 Jun 2026

Persidangan Forum Selat Ke-18 telah dirasmikan di bandar Xiamen, provinsi Fujian pagi tadi.

Dengan mengangkat tema yang sama untuk edisi lalu, iaitu "Memperluas Pertukaran Rakyat, Memperdalam Integrasi Pembangunan", forum ini akan tertumpu pada agenda utama, selain 58 siri aktiviti pertukaran melibatkan empat bidang termasuk peringkat akar umbi, belia, kebudayaan dan ekonomi.

Forum tersebut merupakan aktiviti pertukaran kalangan rakyat yang terbesar skopnya, paling luas jangkauannya dan paling berprestij antara kedua-dua Selat Taiwan.

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2009, forum ini pernah menyaksikan penglibatan lebih 100 ribu saudara setanah air dari Taiwan.

Video

Berita Berkaitan