Festival Animasi Antarabangsa China ke-22 Buka Tirai di Hangzhou

(CRI)Rabu 17 Jun 2026

Festival Kartun dan Animasi Antarabangsa China (CICAF) edisi ke-22 membuka tirai di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Rabu.

Acara selama lima hari itu menarik penyertaan institusi, syarikat serta pencipta dari 31 negara dan wilayah.

Festival berkenaan menjadi wadah pemadanan dan pertukaran kepada pemain industri animasi dari dalam dan luar negara, selain membantu produk budaya China untuk menembusi pasaran dunia.

CICAF kali ini memfokuskan kepada pemerkasaan teknologi dalam proses pendigitalan industri kartun dan animasi.

Pelbagai projek inovatif yang menerapkan teknologi termaju antaranya kandungan dijana kecerdasan buatan (AIGC), realiti maya (VR) dan manusia digital turut diperkenalkan bagi menawarkan pengalaman tontonan yang lebih interaktif dan imersif kepada pengunjung.

Video

Berita Berkaitan