- Lain-lain
Pembuatan Pintar Dorong Industri Pakaian Seragam Sekolah di Zhili
Contoh pakaian sergam sekolah yang dihasilkan oleh sebuah syarikat di pekan Zhili, daerah Wuxing, bandar Huzhou, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto oleh Wu Mingxian)
Seiring dengan pembukaan sesi persekolahan semester baharu di serata China, permintaan terhadap bekalan yang berkaitan dan pakaian sukan turut sama memasuki musim kemuncaknya.
Terletak di daerah Wuxing, bandar Huzhou, Provinsi Zhejiang di timur China, Zhili yang menempatkan lebih daripada 14,000 perusahaan pakaian kanak-kanak itu turut terkenal dengan gelaran ‘ibu kota pakaian kanak-kanak di China’.
Lebih menakjubkan, pekan tersebut menghasilkan sekitar 2 bilion pakai setiap tahun, iaitu meliputi dua pertiga daripada pasaran pakaian kanak-kanak di dalam China.
Dengan kedatangan musim jualan dan pengeluaran yang kian memuncak, syarikat-syarikat tempatan turut beroperasi dalam kapasiti penuh bagi memastikan permintaan dapat dipenuhi.
Di sebuah kilang pakaian tempatan yang khusus dalam pakaian seragam sekolah, sistem gantung yang didigitalkan memastikan bahawa barisan pemasangan berjalan secara efisien, seterusnya membolehkan pengeluar sebanyak 20,000 pakaian seragam sekolah dapat disiapkan setiap hari.
“Sekarang adalah tempoh yang paling sibuk bagi kami. Pakaian kanak-kanak yang biasa boleh dihasilkan semusim lebih awal, manakala syarikat pakaian seragam sekolah selalunya akan mengendalikan permintaan bermusim dengan kitaran pengeluaran yang lebih ketat,” ujar Jiang Haiyan, penyelia bahagian pengeluaran syarikat itu.
Tambahnya, barisan yang dilengkapi dengan sistem gantung menjimatkan masa dan menambah kecekapan pengurusan, mendorong output sebanyak lebih daripada 30 peratus.
Tatkala keadaan pasaran global dan domestik yang sedang berubah, syarikat-syarikat pakaianan kanak-kanak di Zhili memanfaatkan pembuatan pintar, menyasarkan pasaran nic, dan menambah baik daya saing industri.
Pada 2012, model perniagaan syarikat yang sudah bertapak di Zhili selama lebih dua dekad itu telah beralih kepada untuk memfokuskan kepada pasaran pakaian seragam sekolah. Pada tahun-tahun mutakhir, ia terus membangunkan fabrik fungsian dan reka bentuk inovatif untuk menyerlahkan keunikannya.
Suasana di bengkel milik sebuah syarikat pakaian kanak-kanak di pekan Zhili, daerah Wuxing, bandar Huzhou di Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto Oleh Wu Mingxian)
“Kami menyasarkan untuk menggabungkan ciri-ciri tempatan dan budaya sekolah dalam rekaan kami. Selain itu, jenama kami akan memperkenalkan gaya baharu seperti pakaian seragam kelas dan pakaian seragam berkumpulan.
“Output tahunan kami yang terkini telah mencecah sekitar 3 juta set,” ujar Jin Yang, eksekutif di syarikat itu.
Hari ini, Zhili bukan sahaja merupakan pangkalan pengeluaran utama bagi pakaian kanak-kanak, tetapi juga salah satu hab pembuatan pakaian seragam terbesar di China. Untuk tujuh bulan pertama tahun ini, penjualan pakaian kanak-kanak di Zhili melangkaui angka RMB52 bilion (sekitar AS$7.28 bilion).
Hu Qunya, ketua sebuah syarikat pakaian kanak-kanak berkata bahawa firmanya menyediakan perkhidmatan buat pelanggan di pasaran serata Eropah, Amerika, dan Asia. Sejak melaksanakan transformasi digital pada 2019, syarikat itu telah melihat pengurusanyang lebih mudah dan cekap.
Seorang wanita bekerja di sebuah kilang pakaian kanak-kanak di pekan Zhili, daerah Wuxing, bandar Huzhou di Provinsi Zhejiang, timur China.
“Kelajuan pembangunan pakaian kanak-kanak sangat pesat. Apabila pesanan diterima, penghantaran harus segera dilakukan. Menerusi transformasi digital, kami telah memperkemas saluran maklumat, menambah baik kecekapan dalam membuat keputusan dan mencapai pertumbuhan jualan yang stabil,” ujar Hu.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Tempat Kecil di China Lahirkan Industri Besar
- Industri Pembuatan Berteknologi Tinggi China Berkembang Pesat
- Hiburan Malam Hari Pacu Ekonomi Hangzhou
- Tulis Bab Pembangunan Baharu Kawasan Etnik Minoriti - Kata Xi
- Komoditi Dari Yiwu Capai Pasaran Besar Menjelang Sukan Olimpik Paris
- Festival Teater Wuzhen ke-11 Buka Tirai Dengan Meriah
- Zhejiang Maju Ke Hadapan Dengan Pertanian Pintar
- Pengeluaran Telefon Pintar China Meningkat 9.3% Pada 2024
- Skala Industri Pembuatan China Kekal Tangga Teratas di Dunia Selama 15 Tahun
- “Ibu Kota Mainan” China Lengkapkan Taman Permainan Sedunia
- Kaunti Ninghai Bekalkan Alat Tulis ke Serata Dunia
- Kampung Houwu Anjur Pesta Rakyat, Rai Kedatangan Tahun Baru
- Musim Tuai Teh Bermula di Kawasan Tasik Qiandao
- Buluh, Potensinya Tak Terhingga
- Hab Ban Kukus di Zhejiang Pertingkat Eksport Dengan Dorongan Digital, Kawal Selia
- Peneraju Dwibahasa Jelajah Hengdian, Selami Pesona Dinasti Song
- Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Ningbo Percepat Usaha Menuju ke Arah Hab Pembuatan Maju Global
- Waktu Malam Penuh Segar di Zhejiang: Cicheng Bersinar Dek Budaya, Daya Tarikan
- Industri Buluh Berkembang Subur di Anji