China Gesa Sinergi Jaga Rantaian Bekalan dan Perindustrian Global

(CRI)Selasa 23 Jun 2026

Rantaian bekalan dan perindustrian global yang mantap dan lancar memerlukan usaha sama semua negara, menurut Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.

Beliau membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi ke-4 di Beijing pada Isnin.

Ding menekankan keperluan mengukuhkan kepercayaan sesama negara dan bersinergi bagi memastikan rantaian bekalan dan perindustrian menjadi produk awam global serta aliran perdagangan tidak terganggu.

Beliau menyeru agar semua pihak berusaha ke arah pembangunan bersepadu sehingga mewujudkan ekologi perindustrian yang saling melengkapi demi manfaat bersama.

Antara aspek lain yang turut ditegaskan beliau ialah meningkatkan perkongsian sumber supaya mewujudkan syarat yang kondusif kepada kestabilan dan kelancaran rantaian berkenaan.

Video

Berita Berkaitan