Rantaian Industri Emas di Zhaoyan Kini Lengkap

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 13 November 2025

Zhaoyuan, sebuah bandar bertaraf kaunti yang ditadbir oleh Yantai, Provinsi Shandong di timur China, merupakan kawasan pengeluaran emas utama di China.

Bandar itu telah membina rantaian industri yang lengkap, merangkumi penerokaan dan perlombongan emas, peleburan dan pemprosesan, serta reka bentuk, runcit dan pengalaman pelancongan kebudayaan.

Para pekerja sedang mengoperasikan mesin ukiran acuan emas di bengkel pemprosesan emas milik Syarikat Shandong Zhaojing Jewelry di Zhaoyuan, bandar bertaraf kaunti yang ditadbir oleh Yantai, Provinsi Shandong di timur China. (Foto oleh Shi Yan)

Melangkah masuk ke dalam bengkel pemprosesan emas milik Syarikat Shandong Zhaojing Jewelry, pemandangan ketukangan tradisional yang bertembung dengan pembuatan moden akan jelas terpapar.

Tukang yang mahir kelihatan sedang mengukir emas menggunakan tangan, sementara tidak jauh dari situ, terdapat mesin canggih yang melengkapkan tugas terperinci.

“Kami menggabungkan seni mural Dunhuang dengan ketukangan moden dalam siri barang kemas, yang cukup popular dalam kalangan golongan muda,” ujar Jian Bing, pengarah jenama Syarikat Shandong Zhaojin Jewelry.

Dengan menggabungkan budaya tradisional dengan estetika moden, pasukan reka bentuk telah melancarkan pelbagai produk yang telah menjadi jualan laris.

Proses untuk memperhalusi dan penulenan emas. (Foto oleh Shi Yan)

Proses untuk memperhalusi dan penulenan emas. (Foto oleh Shi Yan)

Untuk rekod, Zhaoyuan merupakan hab kepada syarikat barang kemas dan cemerlang dalam industri penggunaan emas. Di sini, satu gram emas boleh diperpanjang menjadi wayar terikat sepanjang 300 meter dan satu perenam daripada ketebalan gumpalan rambut.

Difahamkan, hasil jualan tahunan bahan-bahan keluli yang berharga telah melepasi RMB16 bilion, dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk industri semikonduktor.

Sebuah kompleks komersial dan kebudayaan di Zhaoyuan, memfokuskan budaya emas dan budaya Dinasti Song (960-1279) telah memberikan pengalaman yang penuh asyik. (Foto oleh Song Yang)

Sebuah kompleks komersial dan kebudayaan di Zhaoyuan, memfokuskan budaya emas dan budaya Dinasti Song (960-1279) telah memberikan pengalaman yang penuh asyik. (Foto oleh Song Yang)

Semasam musim percutian sempena Hari Kebangsaan pada Oktober lalu, sebuah kompleks komersial dan kebudayaan yang baru dibuka di Zhaoyuan telah menerima sekitar hampir 40,000 kunjungan setiap hari.

Kompleks itu menawarkan gabungan unik budaya emas dan budaya Dinasti Song (960-1279), sekali gus membolehkan pengunjung untuk mengalami pengalaman penuh asyik terhadap keunikan gabungan kebudayaan tersebut.

Pelancong kelihatan teruja mengayak emas di kawasan pemandangan yang dibina di tapak perlombongan terbiar di Zhaoyuan, bandar bertaraf kaunti yang ditadbir oleh Yantai, Provinsi Shandong, timur China. (People’s Daily Online/Qiao Shu)

Dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber emas dan warisan bersejarah, Zhaoyuan menyepadukan industri dan pelancongan untuk menawarkan pengunjung dengan pengalaman melombong emas yang mengasyikkan. Syarikan Shandong Zhaojin Group telah mengubah kawasan perlombongan kepada zon pelancongan industri, seterusnya mewujudkan sistem pelancongan industri emas.

Kini, Zhaoyuan mempunyai rantai industri emas yang lengkap, dengan 32 perusahaan di atas saiz yang ditetapkan, serta lebih daripada 50,000 kakitangan yang terlibat dalam penerokaan, perlombongan, pelancongan emas dan pelbagai lagi.

Video

Berita Berkaitan