Laporan Promosi Rantaian Bekalan Global 2026 Disiarkan

(CRI)Selasa 23 Jun 2026

Persekitaran operasi rantaian bekalan global pada tahun 2025 secara keseluruhannya semakin stabil dan positif, menurut laporan disiarkan pada Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi ke-4.

Sempena ekspo tersebut, Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) telah mengeluarkan Laporan Promosi Rantaian Bekalan Global 2026 serta Matriks Indeks Daya Tahan Rantaian Bekalan Global pada Isnin.

Laporan itu menunjukkan, rantaian bekalan global kini berdepan risiko sistemik akibat faktor ketidaktentuan antarabangsa.

Namun dari perspektif jangka sederhana dan panjang, globalisasi rantaian bekalan merupakan trend utama dan rantaian berkenaan akan berkembang ke arah lebih berdaya tahan, cekap dan dinamik.

Video

Berita Berkaitan