- Lain-lain
Hidupkan Semangat "Laluan Sutera' Tingkatkan Perpaduan Demi Manfaat Bersama - Naib PM China

Kita perlu bersatu padu menghidupkan Semangat Laluan Sutera, mendorong kerjasama demi manfaat bersama dan melakar pencapaian yang produktif, di samping menyuntik lebih banyak kestabilan dan tenaga positif ke dalam pembangunan serantau dan dunia.
Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian Ekspo China-Euroasia ke-9 yang membuka tirai di sini semalam.
Setelah meninjau di premis ekspo dan berinteraksi dengan sejumlah perwakilan pempamer, Ding yang juga merupakan Ahli Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, turut mengemukakan empat cadangan seperti berikut,
Pertama, terus meningkatkan keserasian dan penyelarasan antara pelbagai negara dalam pelaksanaan strategi pembangunan, menambah komunikasi tentang penguatkuasaan dasar yang terbabit dan menebus persamaan pada aspek tuntutan yang berlainan, kepentingan yang relevan dan titik pertumbuhan ekonomi di pelbagai negara pada masa depan.
Kedua, terus memperluas keterbukaan, mewujudkan ekosistem kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau yang kondusif.
Ketiga, terus membina rangkaian kesalinghubungan yang pelbagai, cekap dan lancar, memudahkan mobiliti keanggotaan, transisi teknologi dan aliran serta pembiayaan dana.
Keempat, terus memupuk dan mengembangkan motivasi pertumbuhan baharu, membina rantaian industri dan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan.
"China akan terus menyokong pembangunan wilayah Xinjiang dilakukan mengikut acuan sendiri, dan mempercepatkan pembinaan kawasan teras Jalur Ekonomi Laluan Sutera yang dipercayai akan memainkan peranan yang lebih besar dalam menggalakkan kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa," kata Ding.
Majlis pembukaan berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Serik Zhumangarin, Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Akunbekov dan Timbalan Speaker Kongres Kebangsaan Pakistan, Syed Ghulam Mustafa Shah yang juga masing-masing menyampaikan ucapan.
- Ekspo China-Eurasia Ke-9 Siap Siaga
- Ekspo China-Eurasia Kesembilan akan Berlangsung di Urumqi pada 25 Hingga 29 Jun
- Dua Zon Baharu Menonjol dalam Ekspo China-Eurasia Ke-9
- Ekspo China-Eurasia Ke-9 akan Diadakan di Urumqi pada Jun
- Xinjiang Jadi Tuan Rumah Ekspo Komoditi Eurasia 2025
- Ekspo EACT 2023 Buka Tirai
- Ekspo China-Eurasia Berhasil, Kontrak RMB960 B Ditandatangan
- Xi Utus Kawat Tahniah kepada Ekspo China- Eurasia Ke-7
- Ekspo China-Eurasia Ketujuh di Urumqi




