Kereta Api Kargo "Xining–Balkan" Asia Tengah Mula Beroperasi

(CRI)Isnin 29 Jun 2026

Kereta api kargo rentas sempadan pertama bagi laluan "Xining–Balkan" ke Asia Tengah berlepas dari Stesen Shuangzhai, di bawah kendalian China Railway Qinghai-Xizang Group pada Ahad.

Perkhidmatan itu membawa 55 gerabak kontena melalui laluan utama Qinghai-Xizang dan Lanzhou-Xinjiang, merentasi Qinghai, Gansu dan Xinjiang, sebelum keluar dari China melalui Pintu Sempadan Horgos.

Kereta api tersebut kemudiannya melalui beberapa bandar di Kazakhstan termasuk Almaty, sebelum tiba di Stesen Ajala di Turkmenistan.

Kereta api tersebut menempuh perjalanan sejauh 5,420 kilometer dan mengambil masa kira-kira 14 hingga 15 hari.

Operasi kereta api kargo ini menandakan peluasan rangkaian logistik rentas sempadan dari Dataran Tinggi Qinghai-Xizang ke Asia Tengah, sekaligus memperkukuh rangkaian logistik antarabangsa Qinghai ke Asia Tengah dan Asia Barat.

Video

Berita Berkaitan