WHO dan Africa CDC Tubuh Pusat Kawalan Kecemasan Ebola

(CRI)Isnin 29 Jun 2026

Pusat Kawalan Kecemasan Benua bagi menangani wabak Ebola yang ditubuhkan bersama oleh Pejabat Wilayah Afrika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit Afrika (Africa CDC) dilancarkan di Universiti Makerere, Kampala, ibu negara Uganda pada 27 Jun waktu tempatan.

Pusat ini bertujuan bagi menyelaras dan meningkatkan usaha pencegahan serta penanganan serantau terhadap wabak tersebut.

Pusat ini akan beroperasi mengikut prinsip "satu rancangan, satu pasukan, satu bajet, dan satu rangka kerja pemantauan serta penilaian" bagi memastikan semua pihak berkaitan bekerja melalui mekanisme penyelarasan yang seragam.

Video

Berita Berkaitan