Pekan Kecil Jadi “Hab Berus” China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 26 Februari 2026

Pekan Yuantan yang letaknya di Qianshan, provinsi Anhui, timur China, ialah tempat tinggal bagi lebih 90,000 penduduk tetap, yang lebih 30,000 daripada mereka menyara hidup melalui industri berus. Melihat kepada output tahunan sektor itu yang melebihi 10 bilion yuan, serta pengeksportan produk ke lebih 70 negara dan wilayah seluruh dunia, tidak hairanlah jika Yuantan dinobatkan sebagai “hab berus China”.

Di Qianshan, terdapat sebuah “muzium” yang khusus untuk seni berus Yuantan. Menjejak kaki ke dalam umpama memasuki “alam berus”. Daripada berus lukisan yang sangat kecil hinggalah berus guling perindustrian beberapa meter panjang, daripada berus berbulu lembut hinggalah berus keluli tajam, daripada berus untuk mencuci rumah hinggalah berus untuk mencuci peralatan halus, semuanya ada dipamerkan.

Foto menunjukkan sebuah bilik pameran khusus untuk seni berus Yuantan di pekan Yuantan, Qianshan, provinsi Anhui, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Parti Komunis China Jawatankuasa Perbandaran Qianshan)

Foto menunjukkan sebuah bilik pameran khusus untuk seni berus Yuantan di pekan Yuantan, Qianshan, provinsi Anhui, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Parti Komunis China Jawatankuasa Perbandaran Qianshan)

Ketika pembaharuan dan keterbukaan baru mula dilaksanakan, usahawan di pekan Yuantan mula mengumpulkan bulu haiwan, membikin menjadi berus tulis atau berus lukis yang asas, dan kemudiannya berkelana ke seluruh negara untuk menjual produk mereka.

“Pada permulaan, semuanya bengkel milik keluarga – tiada yang canggih dari segi teknikal,” ujar Wang Changqi, 68, salah seorang pembuat berus generasi pertama Yuantan. “Asalkan ada bulu dan gerudi, sudah cukup.”

Di ambang abad baharu, sebuah taman perindustrian sektor swasta telah diasaskan, dengan beberapa dasar sokongan diperkenalkan untuk mengumpulkan bengkel-bengkel yang ada di bawah satu bumbung. Langkah ini merupakan titik perubahan bagi sektor berus Yuantan, membawanya menuju ke arah penstandardan, pengindustrian, dan pengelompokan.

Wang Changqi telah menubuhkan Anhui Changzhong Brush Industry Co., Ltd. pada waktu ini, yang kemudian diserahkan kepada anaknya Wang Xiaojian pada 2013.

Setiap tahun, usahawan generasi kedua ini membuat lawatan ke negara-negara Eropah serta AS untuk mendapat tahu teknologi terkini industri berkenaan dan juga perubahan-perubahan dalam trend pasaran semasa.

Seorang pekerja memeriksa peralatan membuat berus di pekan Yuantan, Qianshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Chen Ruotian)

Seorang pekerja memeriksa peralatan membuat berus di pekan Yuantan, Qianshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Chen Ruotian)

“Pada 2025, nilai output kami mencecah 30 juta yuan, meningkat hampir 30 peratus tahun ke tahun,” katanya. “Langkah kami yang seterusnya ialah meluaskan lagi perniagaan ke pasaran Eropah dan AS – kami menjangka nilai output akan terus meningkat secara kukuh.”

Sejak 2017, output tahunan industri berus Yuantan tumbuh lebih 1 bilion yuan untuk lima tahun berturut-turut, hingga mencecah 10.56 bilion yuan pada 2022.

Video

Berita Berkaitan