Kaunti Dongshan Bina Bengkel di Kawasan Luar Bandar, Mahu Capai Kemakmuran Bersama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 18 November 2025

“Lihatlah kualitinya! Kesemua udang tersebut bakal memasuki pasaran, dan kumpulan pertama dari kolam itu akan mampu menjana sehingga RMB400,000.

“Itu adalah peningkatan 50 peratus dalam keuntungan berbanding tahun-tahun terdahulu,” ujar He Qingfu, seorang penternak dari kampung Chengying, pekan Xingchen, kaunti Dongshan, bandar Zhangzhou, Provinsi Fujian di tenggara China, sambil mempamerkan sebuah raga yang penuh dengan udang.

Jika diimbas pada dua tahun yang lalu, kejayaan itu dilihat agak mustahil.

He Gantian, ketua Parti merangkap ketua jawatankuasa kampung di kampung Chengying berkata bahawa, kaedah pertanian tradisional suatu ketika dahulu hanya memberikan hasil yang kecil.

Namun, beliau menyatakan bahawa penggunaan teknik moden telah menyaksikan penduduk kampung kini boleh mendapat pendapatan sewaan sebanyak RMB4,000 untuk setiap mu.

Foto memperlihatkan projek penternakan udang di sebuah bengkel di pekan Xingchen, kaunti Dongshan, bandar Zhangzhou, Provinsi Fujian, tenggara China. (Imej ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Dongshan Parti Komunis China)

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pekan Xingchen telah membina bengkel khusus untuk mendorong ke arah kemakmuran luar bandar. Dengan menyokong usaha pemupukan pembenihan dan mempromosi perkongsian antara syarikat dan penternak, pekan itu berjaya meningkatkan kecekapan dan menambah pendapatan buat semua yang terlibat.

Pada tahun lalu, dua kampung di pekan itu menyaksikan pendapatan kolektif mereka melangkaui RMB4 juta di bawah projek bengkel. Pada masa sama, lebih daripada 30 keluarga turut terlibat dalam akuakultur, dan pendapatan untuk setiap mu (sekitar 0.067 hektar) mengembang daripada RMB35,000 kepada RMB150,000. Selain itu, hampir 1,000 peluang pekerjaan turut tercipta dalam logistik, e-dagang, dan sektor lain.

Penternak sedang mengisih abalone di sebuah bengkel di kaunti Dongshan, bandar Zhangzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (Imej ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Dongshan Parti Komunis China)

Kaunti Dongshan merancang untuk membina 11 bengkel khusus untuk memacu kemakmuran di kawasan luar bandar. Tujuh daripadanya kini sedang digunakan, yang meliputi 25 kampung dan menyediakan peluang pekerjaan buat lebih daripada 3,100 penduduk kampung.

“Pada masa lalu, kerja-kerja rencam dibayar rendah. Kini, dengan bengkel yang banyak diwujudkan di kampung, saya boleh mendapat lebih daripada RMB3,000 dalam pendapatan tambahan untuk setiap bulan,” Pan Jinhuang, seorang penduduk kampung dari kampung Donggu, pekan Xipu, kaunti Dongshan.

Para pekerja sedang bertugas di sebuah bengkel di kaunti Dongshan, bandar Zhangzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (Imej ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Dongshan Parti Komunis China)

Para pekerja sedang bertugas di sebuah bengkel di kaunti Dongshan, bandar Zhangzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (Imej ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Dongshan Parti Komunis China)

Lebih menarik, bengkel tersebut telah menghasilkan hasil yang memberangsangkan di serata kampung di Dongshan.

Foto sebuah bengkel di kampung Aojiao, pekan Chengchen di kaunti Dongshan, bandar Zhangzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (Imej ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Dongshan Parti Komunis China)

Bengkel di kampung Aojiao, di pekan Chengcheng merupakan satu projek bersama yang dilaksanakan antara jawatankuasa Parti untuk Kumpulan Pelancongan Kebudayaan Dongshan berkata bahawa kampung Aojiao telah menyediakan tanah percuma, dan ia dilabur dan dibina oleh Dongshan Cultural Tourism Group, dan kini sedang mengoperasikan kilang itu.

Dongshan Cultural Tourism Group kini melaburkan hampir RMB800,000 setahun untuk menyelenggara sanitasi persekitaran di kampung Aojiao. Kilang pemprosesan makanan laut tempatan juga telah mengembangkan saluran untuk produk akuatik dan mendorong jualan.

Projek itu kini juga telah mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk kampung.

Video

Berita Berkaitan